Tuesday, November 28, 2006

Pilu biar ada penawarnya...



Terlalu sukarnya aku memujuk hati. Sayunya hati ini. deritanya perasaan ini menanggung segala kisah duka ini. dimanakah akhirnya. tiada kata yang mampu diluah di atas segala perbuatannya. aku rasa tertipu. aku rasa dikhianati. aku rasa dipermain. aku rasa diperbodoh. kasih syg yg mendalam pdnya tidak pernah dihargai segala pengorbanan aku. tak pernah kau hargai. tergamak hatimu.sampai hatimu. mengapa permainkan perasaan ini. mengapa memberi harapan kosong pada diriku. mengapa berpura-pura pada diriku selama ini. pendustaanmu seolah-olah aku hanyalah insan yg sgt bodoh. ya allah. bantulah diriku ya allah. aku tak mampu menanggung semua ini. terlalu berat dugaan ini. kenyataan ini amat payah utk ku terima. bukan aku tidak redha dgn semua ini. Cuma aku memerlukan kekuatan dlm mengharungi lautan duka ini. berikanlah aku sedikit ketabahan untuk berdayung keluar dari arus pilu ini. kerana aku tidak mahu lemas dlm cungap nafas sendu ini.

2 comments:

Putra Adi said...

Cinta tak semestinya indah..Yang indah tak semestinya cinta..Andaikata cinta itu buta, mengapa ada yang masih mengharap..kena tidak menjadikan cinta itu suatu realiti sedangkan yang pasti ada tersembunyi disebalik fantasi yang bisa menjadikan cinta itu suci..percayalah ada seseorang yang dapat memberi kebahagiaan nanti

Anonymous said...

lingkaran api cinta
aku terkurung sendiri
tak ada jalan keluar

dinding ini terlalu tebal untuk dihancurkan
kapankah berakhir ......?

selalu ada jalan keluar
cintakan membimbingku
suara angin memanggil dikejauhan
di tengah keheningan
menghampiriku saat sendiri

matahari dan rembulan
berkejaran ingin berpelukan
tetapi sia-sia...