Wednesday, November 29, 2006

nilai kasihmu

Berakhirlah sudah dan terjawablah sudah persoalan ini. Siapa diriku di matamu. selama ini aku bersendiri mengikat silaturahim ini. sedangkan kau tidak pernah berusaha ke arah itu. tidak ada sedikit pun keikhlasan yang terbit dlm dirimu. tidak ada sedikit pun kasih syg yg kau beri. yg ada hanyalah kepuraan dan pendustaan. selama ini aku tertipu dgn lakonan hebatmu. kegembiraan yg aku sangkakan hanyalah lakaran yang penuh dgn rekaan dari mu. terlalu mudah keikhlasanku dipijak oleh hati yg terlalu kejam. hanya bijak menutur kata bermain nista. sedangkan aku menerimanya kerna tertipu dek lakonan kasih sayangmu. adilkah perbuatanmu diatas kepuraan itu. tidak remukkah hati ini bila mengetahui aku sendirian selama ini. tdk pernah sama sekali wujud bunga kasih silaturahim. akhirnya aku sendiri mengutip kuntuman yg berserakan dan berlalu pergi membawa hati yg sangat luka. puaslah sudah hatimu kerana itu yg kau mahukan terlalu dalam luka ini. tidak mampu aku menjahit dan menutup duka ini.

No comments: