Thursday, September 27, 2007

Berlalu??? Mungkinkah???

Sudah masuk seminggu aku tidak lena tidur.. Sudah seminggu juga aku sukar untuk melelapkan mata di malam hari.. malam tadi juga begitu.. aku bangun dari katil menunaikan solat hajat 3 kali.. dan aku berdoa.. moga luka dihatiku ini terubat.. dan dapat ku usir rasa sedih dan sepi ini.. Petang semalam kau marah bila aku terlalu banyak bertanya.. Tidak kau tahu bahawa aku mengambil berat akan dirimu.. Tiada apa yang aku harapkan.. Cuma aku ingin melihat engkau sentiasa tersenyum.. Sms kau semalam sedikit sebanyak mengguris hati kecilku ini..

Terlalu derita perasaan ini..
Cinta ini memakan diriku..
Andailah aku mampu..
Ingin sahaja aku melempar jauh perasaan ini..
biar aku tiada perasaan lagi...
yang tiap detik merobek dalam luka hatiku...
aku ingin bebas dari cengkaman cinta yang menyeksa ini..
aku ingin pergi jauh...
sejauh mungkin.. biar bayangmu hilang..
hilang bersama kenangan kau dan aku...
aku tak mau singgah walau sesaat pun..
kerana cinta ini telah membunuh riangku...
aku ingin berlalu.. tapi aku tak berdaya..
janjimu menghambat aku di sini..
sehingga berhari-hari... berbulan-bulan...
dan bertahun...
setiap hari aku melihat arus air mata itu mengalir lesu..
hangatnya menjadikan aku terkedu tanpa bicara..
menanti tanpa penghujung...
aku sudah bosan begini...
aku ingin berlalu..
ye aku ingin berlalu..
bantulah aku..
ya allah... berikan aku kekuatan..
sedikit kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan ini..

No comments: