Monday, July 14, 2008

teman baruku...

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

teman baru yg cuba hadir dalam hidupku...
maafkan aku...
aku ingin undur diri kerana takut terluka lagi..
fahamilah.. hati ini terlalu rapuh...
tidak seteguh dan setabah dahulu lagi...

teman baru...
tidak perlu kau lakukan sesuatu supaya aku marah dan menjauhkan diri...
tak perlu berjanji utk berjumpa dan kau tidak hadir ke situ...
tak perlu guna alasan tak munasabah utk rasa tidak selesa...

teman baru...
jgn jadikan aku mangsa keadaan...
jgn kau jadikan aku teman diwaktu sepimu dikala tiada org tersyg...
jgn kau cuba bermain tarik tali dgn ku..
kerana sesungguhnya aku tiada daya lagi utk bermain...

teman baru...
jgn ungkapkan persahabatan jika tiada keikhlasan...
jgn kau hadir utk menambah luka dihatiku yg masih belum sembuh lukanya...

teman baruku...
terima kasih di atas pertemuan itu...
kerana pertemuan itu mampu mengukir senyumku...

teman baruku...
terima kasih kerana tidak hadir pada pertemuan kedua...
kerana aku pulang dengan rasa hampa...
namun aku bersyukur...
tiada lagi bunga harapan yg berkembang dihatiku...
tidak lagi aku menanti...

teman baru...
sesungguhnya.. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali...
aku takut menyayangi dirimu...
dan aku tidak mampu menghulur persahabatan ini...
kerana aku hanya membiarkan diri aku hanyut..
dan terus melupakan aku...

teman baru...
tiada ungkapan lagi aku mampu ucapkan...
sekiannnn...

1 comment: