Friday, February 26, 2010

Tatkala aku mencoretkan catatan blog ini, aku berada di cameron highland. Di malam yang sepi ini, aku meluahkan segala kekusutan dijiwaku.. segala keresahan yang bersarang dihati ini. Kerana kesedihan yang membaluti perasaan ini, aku membawa diri jauh keluar dari kuala lumpur. Memikirkan nasib diri, mengubati hati yang terluka aku terpaksa. Benarkah aku terlalu mementingkan perasaan sendiri? Tahukah bahawa rindu ini terlalu dalam. Penantian ini suatu penyeksaan. Mengapa tidak kau fahami. Adakah hanya aku yang terlalu bersungguh-sungguh, bertepuk dan terkinja-kinja seorang diri. Sedangkan aku hanyalah pilihan terakhir. Tidak pernah menjadi keutamaan, sedangkan hanya dia yang bertakhta di hati ini. Menunggu dan menanti tak bertepi. Sukarkah permintaan ku ini? Teruk sangatkah diri ku ini.