Tuesday, June 26, 2007

Semalam kami bertemu setelah lama tidak ketemu...
Ada getaran dijiwaku...
Ada debaran yang melanda...
Yang mampu aku lakukan hanyalah kuatkan semangat...
Bila dia berada dihadapan aku...
Senyuman yang aku lemparkan...
Aku sedikit gugup..
Perpisahan yang telah berlaku banyak mengguris hatiku...
Entah mengapa aku menerima pelawaannya untuk berjumpa...
Mungkin satu sebabnya..
aku ingin selesaikan masalah ini...
aku ingin pastikan dia tidak membenci diri aku...
aku mahu segalanya berakhir dengan baik...
aku ingin gembira kembali...
aku ingin hatiku rasa senang...
memandang wajahnya ada rasa sayu yang terbit...
ada kenangan yang terlalu indah bagiku...
kerana pada aku dia adalah yang terbaik..
kerana pada aku dialah orang yang amat serasi dengan ku...
namun apa dayaku... dia tak mahu meneruskan perhubungan ini...
kerana... kerana... kerana....
aku adalah orang ketiga yang hadir dalam hidupnya...
dan aku bukanlah pilihan hatinya...
aku bukanlan orang yang lebih dia cinta...
aku harus akur...
bersama dengannya selama beberapa jam...
aku rasa gembira...
walaupun hati berat sewaktu berpisah...
aku pasrah.. ye.. aku serahkan segalanya pada keadaan..
aku tak mahu memikirkan apa-apa lagi..
segalanya telah berakhir..
cukuplah dia tidak membenci aku...
walaupun malam tadi aku masih tergambar wajahnya...
aku tidur bersama bayang wajahnya...
cuma.. mimpiku sebelum berjumpa dengannya ada persamaan dengan pertemuan pada siang itu...
dia memakai baju yang sama...
ye.. aku pasti..
mimpi itu sungguh indah..
kami sungguh mesra...
dan aku sangat bahagia ketika itu...
oh.. alangkah indahnya andai saat itu berulang kembali...
aku terlalu berharap mungkin...
aku harus melepaskan semuanya pergi...
aku ingin berlalu...
bila masa itu akan tiba???
masa ini akan mengubati luka ini...
ohhhh.. terlalu sukar untuk aku lalui semua ini...

No comments: