Wednesday, September 5, 2007

Kemanakah dikau.. seharian aku menanti balasan sms mu..
sehingga aku membuka mata di subuh hari..
masih tiada sms dari mu..
aku resah.. menanti dengan sabar..
walaupun kita sudah berpisah..
namun tiap kali bersua..
ada rindu dariku yang jauh jatuh ke dalam anak matamu terus ke hatimu..
ohh.. senyum dan usikmu... membuatkan mata ku bergenang..
tapi tebing mataku masih utuh di kala ini..
di manakah dikau..
tempohari kau bilang ingin balik ke kampung..
dan kau hadapi masa yg sukar bersama si dia..
aku ingin melihat kau bahagia..
kerana kau pernah menyatakan.. frekuensi kita tidak sama..
aku menelan segalanya dgn tenang

1 comment:

Lee said...

kenangan biar datang jangan diusir biar menderita namun akan lekat dihati kerana perasaan itu sangat sukar sekali untuk kita usir apa lagi kasih yang sangat dalam