Monday, October 8, 2007

aku cuma sebuah pulau tandus yang kesepian...
cuma tempat berlabuh bagi mereka yang terpaksa...
singgah sebentar dan kemudian berlalu...

Thursday, October 4, 2007

aku seperti ingin menangis..
berteriak seperti anak kecil..
tanpa segan dan silu...
mohon diri di sayangi...
aku menekup muka...
cuba menahan sendu yang teramat...
terasa perit di hati
dibasahi air mata penuh kesedihan..
bahagia tiada lagi dalam kamus ku..
siapalah aku ini...
hanya bebekalkan sekeping hati yang ranap...
bercita-cita untuk di sayangi...
serasa seperti melayang di angkasa..
tidak pasti di mana aku jatuh...
angin pilu berhembus..
aku bergerak mengikut tiupannya..

RINDU

Rindu...
ada rindu yang aku sembunyikan...
ada rindu yang cuba aku nafikan...
ada rindu yang cuba aku biarkan...
rindu bertemankan sepi dan sunyi...
sering bertamu di kala sendiri...
aku insan malang...
berduka menunggu noktah penghujung...
untuk berangkat tanpa menoleh...
sisa cinta yang terpalit pilu...
rindu itu membunuh aku...
rindu itu menyeksa aku...
membiarkan aku jatuh terkedu...

semalam dia menghubungiku... tapi tidak aku jawab... untuk apa aku menjawab... tiada apa yang tinggal.. sekadar mendengar berita gembiramu bersama teman baru mu... sedangkan aku cuma berusaha untuk mencipta senyuman mona lisa.. tahukah kau akan bahagia mu itu di atas deritaku.. aku terlalu derita di sini.. menahan rasa.. tangkai hatiku semakin genting.. telah berkali aku kehilangan hati ini dan tiap kali aku mengutip hati yang telah gugur pasti ada yang singgah datang merobek.. aku insan biasa.. punya perasaan.. punya hati.. aku ingin di sayangi.. bukan dilukai.. bukan dikecewa..

Monday, October 1, 2007

sepinyaaaaaaaaa...
sunyinya.....
akukah insan sendirian disini...
tenggelam dalam kesedihanku tanpa dasar...
aku terkapai-kapai...
meronta-ronta minta diselamatkan..
tapi tiada tgn yang menghulur..
aku lemas..
lemas dalam dukaku..
tolonglah aku
selamatkan aku dari derita ini
tolonglaglah
aku merayu..
bantulah aku..
aku tak mampu lagi menahan
akukah manusia yang bodoh di dunia ini???
membiarkan diri diperalat..
tempohari kau meminta sesuatu dari ku
dan kau nyatakan dalam sms jangan tanya apa-apa..
aku turuti kerana aku masih sayang..
meskipun aku memerlukannya saat ini..
aku biarkan.. aku ingin berbakti padamu..
kini aku tenggelam dalam murung yang tiada dasar...
aku biarkan diri peralat ke????