Wednesday, March 31, 2010

Kesedihanku, kekecewaanku dan kelukaanku...
Pedih dan sengsara, tak tertanggung rasanya...
Pengorbananku tak dihargai...
Ingin aku pergi jauh dari sini...
Pergi ke pinggir dunia yang tidak pernah aku jejaki...
Ingin aku akhiri hidup ini...
Hanya kerana duka yang membebani ini...
Terlintas difikiranku...
Siapa aku di hatimu?
Di mana aku di hatimu?
Tiada apa lagi yang tinggal...
Tiada lagi harapan yang ku titipkan...
Aku tertipu...
Aku hanyalah insan malang berbekalkan cinta aku yang BODOH!!!
Sememangnya aku BODOHHHHHHH

Tuesday, March 16, 2010

Kehidupan...

Entah mengapa ku luahkan di pagi hari ini tentang kehidupan....

Kehidupan bermula seseorang itu lahir ke muka bumi ini sehinggalah hembusan nafas terakhir. Kehidupan ini seperti roda, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Berbekalkan semangat dan ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau senang. Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Berkat usaha dan kesabaran kita akan mencapai kejayaan. Namun, tak semua yang kita usahakan, kita akan memperoleh segala impian kita. Ada masanya, semakin kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri. Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. Sebagai manusia, kita harus sabar menghadapi ujian hidup ini.
Segala apa yang kita lakukan di dunia ini perlu disertakan dengan keikhlasan. Jangan kita harapkan sebarang ganjaran dan pujian, kerana tidak semua manusia tahu menghargai. Jarang manusia menghargai apa yang mereka ada dan yang mereka terima. Sudah menjadi adat kesilapan sebesar zarah, itulah yang mereka nampak dan sering perkatakan. Begitulah kehidupan, langit tak selalunya cerah, ada masanya mendung dan kemudian hujan datang menimpa. Jadi perlulah kita sediakan payung sebelum hujan. Kita perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Kehidupan ini penuh ranjau dan duri. Berbekalkan semangat, azam dan usaha yang gigih kita akan terus melalui denai-denai kehidupan ini. Ada masanya kita merasakan kehidupan ini terlalu indah. Ada masanya kita merasakan kita bersendiri menjalani kehidupan ini walaupun kita berada di tengah kesibukan kota. Itulah warna-warni kehidupan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan, menjadikan kita semakin matang dan bijak membuat keputusan.
Kesimpulannya, gembira atau tidak, suka atau tidak, kita perlu meneruskan hidup ini. Suka, duka adalah permainan kehidupan dan kita tidak dapat lari dari merasainya. Carilah kegembiraan dan carilah kebahagiaan. Teruskan perjalanan hidup ini bersama semangat dan keazaman. Tanyalah diri apa yang kita inginkan kerana hati tidak pernah menipu dan di situ kita akan bertemu jawapannya.

Saturday, February 27, 2010

Kesal

terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi
meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati
walau ku cuba hindarkan sesal di dada
kesilapan lalu menghantui diriku
segala yang indah sering menemani ruang sepiku
senyum dan tawamu masih jelas terbayang dimataku
kini semuanya menjadi kenangan silam
sesal hati dirundung kecewa
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri
sedang kau tak pernah ingin mengerti perasaan di hati
pernah kah kau rasa hangatnya kenangan
air mataku yang tak mungkin mengalir
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
sungguh aku tak pernah mengerti
mengapa semua harus begini
seribu luka tersedih hati
aku tak pernah menduga
begini hebatnya duka lara bila berakhirnya cinta
mengaapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
betapa ku kesal biar ku sendiri

Friday, February 26, 2010

Tatkala aku mencoretkan catatan blog ini, aku berada di cameron highland. Di malam yang sepi ini, aku meluahkan segala kekusutan dijiwaku.. segala keresahan yang bersarang dihati ini. Kerana kesedihan yang membaluti perasaan ini, aku membawa diri jauh keluar dari kuala lumpur. Memikirkan nasib diri, mengubati hati yang terluka aku terpaksa. Benarkah aku terlalu mementingkan perasaan sendiri? Tahukah bahawa rindu ini terlalu dalam. Penantian ini suatu penyeksaan. Mengapa tidak kau fahami. Adakah hanya aku yang terlalu bersungguh-sungguh, bertepuk dan terkinja-kinja seorang diri. Sedangkan aku hanyalah pilihan terakhir. Tidak pernah menjadi keutamaan, sedangkan hanya dia yang bertakhta di hati ini. Menunggu dan menanti tak bertepi. Sukarkah permintaan ku ini? Teruk sangatkah diri ku ini.

Monday, February 8, 2010

Luka

Entah mengapa hati ini luka tanpa bersebab… terasa seperti darah itu mengalir keluar dari lukanya.. pedih dan ngilu… tidak pasti cara untuk merawat luka ini… tak mungkin sembuh dan tak mungkin mampu diubati… itulah lukanya seorang aku… luka dilukai… titisan darah lukaku terus menitis… tidak aku nantikan sebarang ubat… kerana seorang aku telah berputus asa… menunggu darah kering sendiri dan terus menutup mata buat selamanya..

Aku.. cinta.. sepi… dan rindu….

Aku adalah seorang aku yang mendambakan cinta… mengaharap agar diri dicintai… di sayangi dan dikasihi untuk sepanjang hayatku.. ingin membuka dan menutup mata di sisi orang yang dicintai…

Cinta.. fitrah kehidupan seorang insan memerlukan cinta.. ingin mencintai dan dicintai... bukan mudah untuk mencari cinta.. bukan mudah untuk dicintai.. dan bukan mudah untuk dicintai...

Seorang aku hidup dalam sepi dan dalam penantian… walau cinta telah hadir… aku masih sepi di sini… memang benar penantian itu menyeksakan… derita rasanya dalam kesepian ini…

Rindu.. sepi itu telah mengajar aku ertinya rindu.. rindu kasihnya… rindu segala-galanya… rindu ini tidak bertepi… terlalu dalam rindu ini hingga tidak terselam…

Confusing....

Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan, mengelirukan dan sukar difahami. Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit. Akur dengan segala ketentuan. Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia. Dalam kehidupan ini sukar dijangka. Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai. Adakalanya semakin kita mencuba, kita semakin hampir dengan kekecewaan. Air mata pula menjadi teman setia. Kehangatan air mata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati. Tembok kolam air mata tidak lagi seteguh dulu. Memudahkan banjir melanda taman hati yang penuh kepiluan. Gerimis melanda, justeru dedaun kesedihan berguguran.. terus hanyut di bawa arus dan lemas dalam cungap nafas sendu...

Sunday, January 24, 2010

CINTAKU SELALU DI HATI DAN TAKKAN BERUBAH SAMPAI MATI...

Wednesday, January 13, 2010

hujan lagi

basah ini seketika cuma
harus rela dan redha
kerna sebentar lagi kita kan terpesona
pada bau tanah yang membasah segar
pada butir butir air yang tinggal di bunga cantik bermekaran
dan nun di hujung langit sana
jutaan warna kan dipapar sang pelangi
indah

aku berdiri lagi

Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Setelah sekian lama
Ku ungkaikan kalimah CINTA ini
Lalu ku benamkan dipuncak kecewa
Agar aku tidak bisa mendaki nya lagi
Agar aku tidak ada hati langsung untuk kesana
Tapi ku rasa kelungsung hati ku sepi
Tapi ku rasa kaki ku tidak bediri dibumi nyata
Selama itu
Aku kundung segala cerita kehidupan ku
Dari fajar hingga ke senja dengan tangan sendiri.

Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Hari ini kalimah CINTA itu belagu lagi
Digendang telinga ku
Apakah harus aku dengar dan ku dendangkan
Lantas ku sulam besama segempal hati
Untuk membentuk tangkai ASMARA
Tapi aku tak pasti
Apakah ladang CINTA ini bisa membuah
Atau aku saja yang berdendang SENDIRI.


petikan web tentang cinta....
Selamilah rasa hatiKu Kenalilah aku, Hayatilah kisah cintaKu Mencintai dan dicintai adalah fitrah manusia yang sukar dinafikan

hati kecilku

Hati...siapa yg tahu rahsia di hati ini?
Siapa yang sedar bahawa
hati sekecil ini mampu memendam rindu yang membara?
Siapa yang pernah mendengar
sekeping hati ini menjerit kerinduan?
Siapa yang tahu hati ini tidak pernah letih mencari cinta suci yang sejati lagi abadi....?
kurang pasti perjalananku kali ini bagaimana tanpa mu di sisi..
maafkan aku kerana pemergianmu ku iringin dengan deraian air mata
yang berjujuran laju umpama empangan pecah tatkala ku peluk erat tubuhmu...
terlalu dalam cinta ini... kasih dan sayang merimbun subur di taman hatiku...
mampukah aku bertahan tanpamu di sisi? terasa sepi sekali kini..

Sunday, January 3, 2010

Penantian bertahun akhirnya berakhir...
hadirnya menguntum senyumku semula...
menjadikan aku takut kehilangannya...
kerana aku terlalu menyayangi...

Duri yang tertusuk




Dikeriuhan kota ini... di dalam kesibukan hutan batu ini...
Aku tidak merasai semua itu...
Seolah seperti manusia tuli...
Dihimpit perasaan dan adakalanya seperti kebingungan...
hahahahaa.......

Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan

penghujung cerita




rendangkan sepohon cempaka.. biar harum dibawa angin yg berlalu...

hujung perjalanan...




langkah kian longlai..
bilakah penghujungnya???

Sepi dan Sendiri

di dalam kelam ini aku mencari-cari sinar cahaya...
sendirian bersama hati yang kosong...
dalam samar-samar aku ternampak sang bulan...
ditemani bintang-bintang berkelipan...
indah... cantik bergemerlapan...
aku di sini sendiri dalam sepi...
cuba merenung liku kehidupan ini...
semakin jauh perjalanan ini..
semakin sunyi dan sepi...
sesepi di tanah perkuburan...
di mana disitu akhir perjalanan ini...

Friday, January 1, 2010

Suatu persinggahan


Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

Lembaran baru...

2009 melabuhkan tirai... berbagai suka, duka, gembira, terluka dan kecewa aku lalui... semakin mengenali erti kehidupan... mengenali hati budi seseorang... mendalami keikhlasan dan kejujuran... menduga hati kawan atau lawan... dan sisa kehidupan 2009 terleret masuk ke pentas 2010...
ada yg pergi meninggalkan aku.. menyepikan diri.. menjauhkan diri setelah mendapat apa yg dimahu.. dan ada yg mengetuk pintu hati untuk bertandang di 2010...
ada masanya aku merasakan perjalanan ini sudah hampir untuk berakhir... dan aku hanya menunggu agar mata ini terus tertutup... melangkah ke 2010 aku masih berasa sepi.. terasa sunyi menjalani sisa-sisa hidup ini...
terasa bosan menyelubungi diri... seolah-olah hanya jasad yang tinggal...
pencarianku telah pun berakhir... tiada apa yang aku cari lagi... hanya menghitung hari dan menikmati kegembiraan yang ada... walaupun sebenarnya kegembiraan itu semakin pudar...