Saturday, February 27, 2010

Kesal

terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi
meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati
walau ku cuba hindarkan sesal di dada
kesilapan lalu menghantui diriku
segala yang indah sering menemani ruang sepiku
senyum dan tawamu masih jelas terbayang dimataku
kini semuanya menjadi kenangan silam
sesal hati dirundung kecewa
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri
sedang kau tak pernah ingin mengerti perasaan di hati
pernah kah kau rasa hangatnya kenangan
air mataku yang tak mungkin mengalir
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
sungguh aku tak pernah mengerti
mengapa semua harus begini
seribu luka tersedih hati
aku tak pernah menduga
begini hebatnya duka lara bila berakhirnya cinta
mengaapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
betapa ku kesal biar ku sendiri

Friday, February 26, 2010

Tatkala aku mencoretkan catatan blog ini, aku berada di cameron highland. Di malam yang sepi ini, aku meluahkan segala kekusutan dijiwaku.. segala keresahan yang bersarang dihati ini. Kerana kesedihan yang membaluti perasaan ini, aku membawa diri jauh keluar dari kuala lumpur. Memikirkan nasib diri, mengubati hati yang terluka aku terpaksa. Benarkah aku terlalu mementingkan perasaan sendiri? Tahukah bahawa rindu ini terlalu dalam. Penantian ini suatu penyeksaan. Mengapa tidak kau fahami. Adakah hanya aku yang terlalu bersungguh-sungguh, bertepuk dan terkinja-kinja seorang diri. Sedangkan aku hanyalah pilihan terakhir. Tidak pernah menjadi keutamaan, sedangkan hanya dia yang bertakhta di hati ini. Menunggu dan menanti tak bertepi. Sukarkah permintaan ku ini? Teruk sangatkah diri ku ini.

Monday, February 8, 2010

Luka

Entah mengapa hati ini luka tanpa bersebab… terasa seperti darah itu mengalir keluar dari lukanya.. pedih dan ngilu… tidak pasti cara untuk merawat luka ini… tak mungkin sembuh dan tak mungkin mampu diubati… itulah lukanya seorang aku… luka dilukai… titisan darah lukaku terus menitis… tidak aku nantikan sebarang ubat… kerana seorang aku telah berputus asa… menunggu darah kering sendiri dan terus menutup mata buat selamanya..

Aku.. cinta.. sepi… dan rindu….

Aku adalah seorang aku yang mendambakan cinta… mengaharap agar diri dicintai… di sayangi dan dikasihi untuk sepanjang hayatku.. ingin membuka dan menutup mata di sisi orang yang dicintai…

Cinta.. fitrah kehidupan seorang insan memerlukan cinta.. ingin mencintai dan dicintai... bukan mudah untuk mencari cinta.. bukan mudah untuk dicintai.. dan bukan mudah untuk dicintai...

Seorang aku hidup dalam sepi dan dalam penantian… walau cinta telah hadir… aku masih sepi di sini… memang benar penantian itu menyeksakan… derita rasanya dalam kesepian ini…

Rindu.. sepi itu telah mengajar aku ertinya rindu.. rindu kasihnya… rindu segala-galanya… rindu ini tidak bertepi… terlalu dalam rindu ini hingga tidak terselam…

Confusing....

Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan, mengelirukan dan sukar difahami. Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit. Akur dengan segala ketentuan. Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia. Dalam kehidupan ini sukar dijangka. Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai. Adakalanya semakin kita mencuba, kita semakin hampir dengan kekecewaan. Air mata pula menjadi teman setia. Kehangatan air mata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati. Tembok kolam air mata tidak lagi seteguh dulu. Memudahkan banjir melanda taman hati yang penuh kepiluan. Gerimis melanda, justeru dedaun kesedihan berguguran.. terus hanyut di bawa arus dan lemas dalam cungap nafas sendu...