Saturday, December 8, 2007

sepikah aku di sini?
walaupun penantian itu telah aku akhiri
tanpa sebarang ketibaan...
sendirikah aku di situ?
tatkala perhentian tiada lagi...

Tuesday, November 6, 2007

Tatkala kenangan itu merasuk jiwa...
ada sebak yang bertamu...
ada gerimis yang datang menyembah...
ada garis yang tercalar...
ada luka yang terhiris...
ada kata yang tak terluah..

Monday, November 5, 2007

Banyak perkara yang ingin aku lakukan..
ada banyak perkara ingin aku selesaikan..
ada masanya ingin saja aku cari mencari teman..
meluahkan apa yg terbuku..
meluahkan segala rasa kecewa ini..
biar mereka tahu betapa lukanya hati ini..
betapa parahnya perasaan ini..
di balik senyum dan gelak tawa ini..
ada duka yang terpendam..
ada duri yang tertusuk..
aku terpedaya dengan segala pura-pura..
aku termakan dengan pujuk rayu...
dicari di saat sepi.. dibuang bila terasa jemu..
aku penat menahan rasa..
aku lelah dengan segala berkaitan dgnmu...

Monday, October 8, 2007

aku cuma sebuah pulau tandus yang kesepian...
cuma tempat berlabuh bagi mereka yang terpaksa...
singgah sebentar dan kemudian berlalu...

Thursday, October 4, 2007

aku seperti ingin menangis..
berteriak seperti anak kecil..
tanpa segan dan silu...
mohon diri di sayangi...
aku menekup muka...
cuba menahan sendu yang teramat...
terasa perit di hati
dibasahi air mata penuh kesedihan..
bahagia tiada lagi dalam kamus ku..
siapalah aku ini...
hanya bebekalkan sekeping hati yang ranap...
bercita-cita untuk di sayangi...
serasa seperti melayang di angkasa..
tidak pasti di mana aku jatuh...
angin pilu berhembus..
aku bergerak mengikut tiupannya..

RINDU

Rindu...
ada rindu yang aku sembunyikan...
ada rindu yang cuba aku nafikan...
ada rindu yang cuba aku biarkan...
rindu bertemankan sepi dan sunyi...
sering bertamu di kala sendiri...
aku insan malang...
berduka menunggu noktah penghujung...
untuk berangkat tanpa menoleh...
sisa cinta yang terpalit pilu...
rindu itu membunuh aku...
rindu itu menyeksa aku...
membiarkan aku jatuh terkedu...

semalam dia menghubungiku... tapi tidak aku jawab... untuk apa aku menjawab... tiada apa yang tinggal.. sekadar mendengar berita gembiramu bersama teman baru mu... sedangkan aku cuma berusaha untuk mencipta senyuman mona lisa.. tahukah kau akan bahagia mu itu di atas deritaku.. aku terlalu derita di sini.. menahan rasa.. tangkai hatiku semakin genting.. telah berkali aku kehilangan hati ini dan tiap kali aku mengutip hati yang telah gugur pasti ada yang singgah datang merobek.. aku insan biasa.. punya perasaan.. punya hati.. aku ingin di sayangi.. bukan dilukai.. bukan dikecewa..

Monday, October 1, 2007

sepinyaaaaaaaaa...
sunyinya.....
akukah insan sendirian disini...
tenggelam dalam kesedihanku tanpa dasar...
aku terkapai-kapai...
meronta-ronta minta diselamatkan..
tapi tiada tgn yang menghulur..
aku lemas..
lemas dalam dukaku..
tolonglah aku
selamatkan aku dari derita ini
tolonglaglah
aku merayu..
bantulah aku..
aku tak mampu lagi menahan
akukah manusia yang bodoh di dunia ini???
membiarkan diri diperalat..
tempohari kau meminta sesuatu dari ku
dan kau nyatakan dalam sms jangan tanya apa-apa..
aku turuti kerana aku masih sayang..
meskipun aku memerlukannya saat ini..
aku biarkan.. aku ingin berbakti padamu..
kini aku tenggelam dalam murung yang tiada dasar...
aku biarkan diri peralat ke????

Thursday, September 27, 2007

Nilai Kasihku..

andai aku menemui penawar luka dan derita ini...
ingin saja aku mengubatinya...
tak tertanggung pedihnya...
tak ingin aku begini selamanya...
terlalu lama aku terpenjara dalam kesedihan ini..
ye.. kesedihan yang tiada penghujungnya barangkali..
ada yang mengatakan aku sendiri memilih untuk derita..
ternyata ini bukanlah pilihanku..
tiada siapa ingin bertemankan duka..
bersama sisa-sisa cinta yang tiada maknanya..
menanti dan terus menanti..
dengan harapan dia akan kembali..
sedangkan tidak sikit pun terdetik di hatinya
untuk kembali ke sisiku..
siapalah aku ini...
insan kerdil yang tak punya apa-apa...
hanya sekeping hati yang penuh dengan kasih sayang...
mungkin engkau mampu membahagiakan aku.. tetapi..
mampukah aku membahagiakan kau...
cukup dengan kasih sayang dari ketulusan hatiku...
aku kesal dengan pertemuan ini..
andai tiada pertemuan ini..
tak mungkin aku kecewa begini..
tak mungkin aku bersedih begini berhari-hari..

Berlalu??? Mungkinkah???

Sudah masuk seminggu aku tidak lena tidur.. Sudah seminggu juga aku sukar untuk melelapkan mata di malam hari.. malam tadi juga begitu.. aku bangun dari katil menunaikan solat hajat 3 kali.. dan aku berdoa.. moga luka dihatiku ini terubat.. dan dapat ku usir rasa sedih dan sepi ini.. Petang semalam kau marah bila aku terlalu banyak bertanya.. Tidak kau tahu bahawa aku mengambil berat akan dirimu.. Tiada apa yang aku harapkan.. Cuma aku ingin melihat engkau sentiasa tersenyum.. Sms kau semalam sedikit sebanyak mengguris hati kecilku ini..

Terlalu derita perasaan ini..
Cinta ini memakan diriku..
Andailah aku mampu..
Ingin sahaja aku melempar jauh perasaan ini..
biar aku tiada perasaan lagi...
yang tiap detik merobek dalam luka hatiku...
aku ingin bebas dari cengkaman cinta yang menyeksa ini..
aku ingin pergi jauh...
sejauh mungkin.. biar bayangmu hilang..
hilang bersama kenangan kau dan aku...
aku tak mau singgah walau sesaat pun..
kerana cinta ini telah membunuh riangku...
aku ingin berlalu.. tapi aku tak berdaya..
janjimu menghambat aku di sini..
sehingga berhari-hari... berbulan-bulan...
dan bertahun...
setiap hari aku melihat arus air mata itu mengalir lesu..
hangatnya menjadikan aku terkedu tanpa bicara..
menanti tanpa penghujung...
aku sudah bosan begini...
aku ingin berlalu..
ye aku ingin berlalu..
bantulah aku..
ya allah... berikan aku kekuatan..
sedikit kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan ini..

Thursday, September 13, 2007

Kasih yg bersisa...


Semalam lepas tarawih.. aku ke giant.. beli apa yang patut untuk makan sahur.. lepas tu aku terus pergi makan.. perut terasa lapar.. lama betul tunggu makanan yang aku order tu siap.. akhirnya kesabaran aku sampai juga di penghujungnya.. mamat yang lap meja tu jadi mangsa.. dengan selamba aku cakap apa yang aku rasa nak cakap.. padahal baru je lepas tarawih.. mungkin ada baiknya juga aku marah sebab orang yang datang lambat dapat dulu.. akhirnya aku sampai rumah pukul 11.30 malam..

aku terima sms dari dia yang ku cinta.. ye.. dia yang aku masih sayang dan kasih.. yang masih tersisa.. yang menjadikan aku untuk memilih sepi sebagai teman... ada masanya aku merasakan untuk apa aku berharap.. kehidupan ini mesti diteruskan.. ada masanya aku kalah dengan perasaan rinduku pada dia.. adakah memilih untuk "convert" sebagai sahabat adalah jalan terbaik untuk aku?? agar aku dapat bersms dan berjumpa dengannya sekali sekala.. atau aku hanya meletakkan diriku di jurang derita???

Tuesday, September 11, 2007


hari terus berlalu meninggalkan aku di sini bersama kenangan-kenanganku...

aku hanya termangu sendirian tanpa sebarang harapan...

membiarkan dingin air mata membasahi jiwa ini...

sukar juga untuk aku menghapuskan perasaan duka ini...

puas aku berusaha.. berlari sejauh mungkin..

sehingga tercungap aku dalam nafas sendu ini..

menahan pilu...

Friday, September 7, 2007



harapan itu....

telah lama terbiar sepi begitu..

tiada lagi berharap...

seakan putus usaha..

hanya debu kenangan yg melekat...

menjadikannya tugu yang tidak berharga..

sendiri terbiar berpanas dan berhujan...

tiada yang sudi datang menjengah...

kaku tidak bermaya..

seakan tiada perasaan lagi...

sunyi... sendiri...

deritanya... seksanya...

ingin ku akhiri hayat ini..

tak ingin aku termenung di pinggir dunia ini...

sudah habis lelahku...

tiada lagi kesabaran yang menjadi teman...

tiada lagi benteng yg utuh tempat aku berlabuh di kala duka...

semuanya telah hilang...

aku benar benar sendiri...

menyusur aku bersama hati yg gersang...

melalui duri duri cinta lalu...

menusuk ke tapak hati...

menanah... luka dan di pandang jijik...

oleh sekeping hati yang benar benar tulus...

setia pada sebuah cinta yg mengkhianati aku...

ombak di lautan air mata masih menghempas pantai jiwaku...

oooh.. peritnyaaaaaaaaaaaaa...


Wednesday, September 5, 2007

Kemanakah dikau.. seharian aku menanti balasan sms mu..
sehingga aku membuka mata di subuh hari..
masih tiada sms dari mu..
aku resah.. menanti dengan sabar..
walaupun kita sudah berpisah..
namun tiap kali bersua..
ada rindu dariku yang jauh jatuh ke dalam anak matamu terus ke hatimu..
ohh.. senyum dan usikmu... membuatkan mata ku bergenang..
tapi tebing mataku masih utuh di kala ini..
di manakah dikau..
tempohari kau bilang ingin balik ke kampung..
dan kau hadapi masa yg sukar bersama si dia..
aku ingin melihat kau bahagia..
kerana kau pernah menyatakan.. frekuensi kita tidak sama..
aku menelan segalanya dgn tenang

Tuesday, September 4, 2007


ya allah... terlalu sunyi kehidupanku ini... apa yang mampu aku lakukan ya tuhanku...

ubatilah kelukaan hati ku ini.. sembuhkanlah jiwa ini... bangkitkanlah semangat ku ini..

biar aku terus melangkah kaki ini.. meneruskan sisah hidup ini..

andai kasih yang masih bersisa ini menjadi puncanya..

hilangkanlah perasaanku ini.. yang mendera tiap saat aku terfikirkannya...

ya tuhanku... tiap detik aku menutup mata dan membukanya kembali.. terlalu berat rasanya beban perasaan ini.. hampir membunuh setiap senyumku... di padam air mata...

ohhh.. tak tertanggung aku akan perpisahan ini... mengapa aku yang ditinggalkan?? dan mengapa bukan aku yang meninggalkan??? mengapa aku yang kehilangan dan bukan aku yang menghilangkan diri...

Aku, Sepi dan Derita...


Telah lama aku tidak menjengukblogku ini...

Telah lama aku tidak mencurahkan isi hati ini...

Rasa sepiku... dukaku dan kecewaku...

Aku masih begini.. sama seperti hari-hari yang lepas..

Sendirian meniti hari-hariku..

menunggu dan menanti..

saat cinta itu terbuka kembali...

membasahi perasaan sepi ku..

mewarnai duka ku yang tidak berwarna..

seharusnya aku melepaskan mu...

membiarkan engkau bebas di angkasa..

memahami erti ditinggalkan..

oh tuhan... deritanya hati ini..

pada siapa ingin ku ceritakan seksa dan lara diri ini...

indahnya andai waktu itu berulang..

dan perpisahan bukanlah penghujungnya..

tidaklah aku bersedih tiada penghujungnya...

Thursday, July 5, 2007

dalam paksa perlukah aku merelakan. dalam sengsara masih bisakah ku bilang tak mengapa. dalam derita.. mampukah ku tersenyum jua.. biarlah aku melangkah pergi.. membawa hati nan sepi.. selamanya.. bairlah ku berlalu pergi.. moga kau tak terjumpa sinar mataku yang berkaca
jika aku tak dpt melihat kau lagi, aku ingin melupakan semuanya tentangmu yg menyentuh aku.. setiap kali aku merinduimu, aku jatuh terkedu begini, walaupun aku cuba melupakanmu, aku tidak mampu.. aku tidak menyangka.. untk mencintai seseorg.. perlu bersusah begini...
Ingin sekali aku menghapuskan duka ini.Tapi mengapa kesakitan di hati ini masih lagi terasa? Sabarlah. Mungkin bersama masa aku akan belajar untuk melupai segala kelukaan dan kesakitan ini. Sungguh sekuat mana aku menahan diri ini, namun air mata semakin mendesak untuk tercurah.

Wednesday, July 4, 2007

Dunia ku rasakan sepi...
dan hati ini terasa terlalu kosong...
entah apa yang aku cari dan entah apa yang aku nantikan...
aku terus membiarkan diri ini bertemankan sepi...
memeluk diri dalam diamku...
dari kejauhan aku melihat kebahagiaanmu diatas derita ku...
aku terus membiarkan gerimis air mataku membasahi lukaku...
ada rasa perit yang menggigit...
sampai bila harus begini...
terus dimamah kepiluan yang tiada penghujung..
kesedihan yang tiada akhirnya...
mentari... muncullah dikau...
bagi menerangi hari-hariku yang suram..

Mata dan tangan...

Persahabatan itu umpama mata dan tangan...
Apabila tangan terluka, mata menangis...
Apabila mata mengalirkan air mata... tangan menyapu air mata...

Thursday, June 28, 2007

entah mengapa pagi ini hatiku rasa liang libu...
ada sesuatu yang bergema di hati...
membuat aku rasa tidak tentu arah...
ada rasa sepi.. sedih... pilu... sayu ...
dannn... rindu... ye rindu...
aku merindu pada yang tidak sudi... :(
wajahnya tak pernah padam dalam renungan kosongku...
namanya sentiasa dibibir walaupun tidak terucap...
dijiwa ini masih ada samar bayangannya...
bilalah dia akan pergi meninggalkan hati ini???
atau aku yang tidak mahu merelakannya...

Wednesday, June 27, 2007

TERLALU CINTA

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Aku terlalu cinta dia

Tuesday, June 26, 2007

Semalam kami bertemu setelah lama tidak ketemu...
Ada getaran dijiwaku...
Ada debaran yang melanda...
Yang mampu aku lakukan hanyalah kuatkan semangat...
Bila dia berada dihadapan aku...
Senyuman yang aku lemparkan...
Aku sedikit gugup..
Perpisahan yang telah berlaku banyak mengguris hatiku...
Entah mengapa aku menerima pelawaannya untuk berjumpa...
Mungkin satu sebabnya..
aku ingin selesaikan masalah ini...
aku ingin pastikan dia tidak membenci diri aku...
aku mahu segalanya berakhir dengan baik...
aku ingin gembira kembali...
aku ingin hatiku rasa senang...
memandang wajahnya ada rasa sayu yang terbit...
ada kenangan yang terlalu indah bagiku...
kerana pada aku dia adalah yang terbaik..
kerana pada aku dialah orang yang amat serasi dengan ku...
namun apa dayaku... dia tak mahu meneruskan perhubungan ini...
kerana... kerana... kerana....
aku adalah orang ketiga yang hadir dalam hidupnya...
dan aku bukanlah pilihan hatinya...
aku bukanlan orang yang lebih dia cinta...
aku harus akur...
bersama dengannya selama beberapa jam...
aku rasa gembira...
walaupun hati berat sewaktu berpisah...
aku pasrah.. ye.. aku serahkan segalanya pada keadaan..
aku tak mahu memikirkan apa-apa lagi..
segalanya telah berakhir..
cukuplah dia tidak membenci aku...
walaupun malam tadi aku masih tergambar wajahnya...
aku tidur bersama bayang wajahnya...
cuma.. mimpiku sebelum berjumpa dengannya ada persamaan dengan pertemuan pada siang itu...
dia memakai baju yang sama...
ye.. aku pasti..
mimpi itu sungguh indah..
kami sungguh mesra...
dan aku sangat bahagia ketika itu...
oh.. alangkah indahnya andai saat itu berulang kembali...
aku terlalu berharap mungkin...
aku harus melepaskan semuanya pergi...
aku ingin berlalu...
bila masa itu akan tiba???
masa ini akan mengubati luka ini...
ohhhh.. terlalu sukar untuk aku lalui semua ini...

Friday, June 22, 2007

LuLuH

saat terindah saat bersamamu
begitu lelapnya aku pun terbuai
sebenarnya aku tlah berharap
ku kan memiliki dirimu selamanya
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredah kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu
ingin ku yakini cinta takkan berakhir
namun takdir menuliskan kita harus berakhir
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredah kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu
oh... oh...ku tak sanggup tuk merelakanmu..
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredah kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Sedih tak berujung

saat menjelang
hari-hari bahagiamu
aku memilih diam dalam sepiku
saat mereka tertawa diatas pedihku
tentang cintaku yang telah pergi tinggalkanku
aku tak peduli
sungguh tak peduli
inilah jalan hidupku
ini aku,
genggam hatiku
simpan didalam lubuk hatimu
tak tersisa untuk diriku,
habis semua rasa didada
Slamat tinggal,
kisah tak berujung
kini ku kan berhenti berharap
perpisahan kali ini untukku

Wednesday, June 20, 2007

Biarlah aku mengalah...
Biarlah aku simpan rasa kecewa ini...
Aku tak mampu menahan kemahuanmu.. Dan benarlah segala mimpi-mimpiku...
Masihkah kau ingat mimpi yang pernah aku ceritakan padamu tentang penghujung perhubungan kita???
Sayang...
Mentari tidak lagi sehangat seperti kau disampingku...
Rumput tidak lagi sehijau seperti selalu...
Bunga tidak lagi berkembang dihatiku...
Dan aku sangat berharap agar aku dapat muncul dalam mimpimu...
Aku mengerti... Kasih yang ku beri tidak lagi bersamamu...
Hati ini masih tidak dapat menerima ditinggal sengsara...
Perasaan dihatiku masih lagi rindu padamu...
Bilalah aku dapat berlalu pergi sayang???

Friday, June 15, 2007

Andainya aku dapat meluahkan segala kekecewaan yang terbuka di hati pasti aku akan lakukan...
Biar satu alam mendengarnya... Biar taufan melanda bersama deruan hujan yang melanda bumi...
Biar pun banjir melanda... Begitulah hati ini diibaratkan...
Suatu perasaan yang benar-benar terluka hanya kerana sebuah percintaan yang menjadi
korban permainanmu...
Mengapa terlalu mudah aku menerimanya???
Aku kesal dengan pertemuan itu..
Aku kesal dengan perkenalan itu..
Aku tewas dengan manis mulutmu..
Aku tewas dengan janji-janjimu...
Aku lemas dengan permainan ini...
Akhirnya aku sendiri

Wednesday, June 13, 2007

Mudahnya kau memutuskan sebuah percintaan..
Segalanya telah aku berikan untuk harga sebuah kasih sayang ini...
Kali terakhir kita berjumpa kau memberikan alasan yang sukar untuk aku terima
Tak tahulah jika orang lain juga merasakan apa yang aku rasakan..
Aku cuma berdiam diri mendengar setiap penjelasan dan alasan...
Aku tak mahu memberi sebarang reaksi dari setiap kata yang keluar dari mulutnya...
Aku tak mau menyakiti hatinya dengan kata-kata bidasan aku..
Kerana aku tak mahu melukakan hatimu
Atau membangkitkan rasa tidak senang dihatimu
walaupun secara terang-terang aku tau aku tidak bersalah..
Aku telah cuba yang terbaik dalam perhubungan ini...
Aku telah menjadi lebih fleksibel dalam perhubungan ini...
Dan aku sendiri tidak mengerti apa yang perlu aku lakukan
Demi sebuah percintaan yang pada aku sangat bermakna
Sebuah percintaan pada aku yang sangat sempurna
Kata-kata yang keluar dari mulutmu umpama guruh yang berdentum dihati..
Lalu dalam tak sedar hujan lagi hati ini...
Kau kata kita tidak sama frekuensi...
Aku cuma menyepikan diri...
Kau kata segalanya berlaku dengan pantas...
Aku cuma membatukan diri...
Kau kata lagi aku hanya membunag masa dengan dirimu...
Aku mendiamkan diri...
Kau sambung lagi katamu... Kau takut melihat kasih sayangku yang medalam padamu..
Aku memandang dirimu dan tersenyum kelat...
Cuma dihatiku hanya tuhan yang tahu...
Banjir mula melanda.. keperitan luka mula terasa..
Aku masih mendiamkan diri.. sambil meneruskan suapan makananku...
Tiada apa yang terasa kunyahan makanan yang ku sua ke mulut...
Kau kata.. kau takut aku lebih terluka lagi...
Aku masih diam...
Kau kata.. hanya ucapan maaf yang mampu kau ucapkan...
Kau kata lagi.. a piece of my advice... go and get help...
kau kata lagi... kau ingin mencari kebahagiaan hidup dan hidup yang lebih sempurna...
Aku masih tersenyum memandang wajahmu..
Aku tahu itu adalah wajah terakhir dirimu yang akan aku tatap..
Aku merenung ke wajahmu.. Aku perhatikan rambutmu.. Matamu... Hidungmu.. Mulutmu...
Oh tuhan.. aku terlalu sayang padanya...
Aku terlalu gembira berada disampingnya...
Pada aku, tak mungkin ada pengganti sepertimu yang sering membuat aku tertawa...

Dua bulan telah berlalu... Aku masih mengingati dirimu...
Aku berharap dapat berlalu pergi



Di mana akhirnya? Begitu persoalan yang bermain di benak....


Mengapa aku masih menanti dan terus berharap?


Membiarkan perasaan ini dibelenggu kerinduan yang tiada hujungnya...


Membiarkan hati ini terus terluka...


Perlukah aku membiarkan segalanya sehingga menutup mata.???


Sedangkan kenangan terindah yang pernah terlakar telah pun lama berlalu..


Berlalu bersama kisah aku dan dirimu...


Dirimu menuju kebahagiaan bersama orang yang kau kasihi...


Bagaimana dengan diriku???


Masih berenang dilautan air mata duka...


Mencari pulau impian yang aku angankan...


Aku perlu bangun...


Membuka mata... Menerima hakikat...


Aku bukanlah untukmu...


Aku bukanlah orang yang kau kasihi dan cintai...


Aku cuma persinggahanmu...


Hanya sementara dan kau berlalu tanpa berpaling lagi...


Membiarkan aku menagih simpati...


Sedangkan aku terus terusan memperbodohkan diriku...


Aku perlukan kekuatan untuk bangun dan sedar dari mainan perasaan ini...


Moga aku tabah


Tuesday, June 12, 2007


Sepi itu indah???

Rindu itu pula bagaimana????

kalaulah... tak mungkin....

kalaulah aku tau begini jadinya, tak mungkin aku membiarkan diriku ini jatuh ke jurang derita ini...
kalaulah aku tau begini pedihnya luka ini, takkan ku biarkan air mata duka ini membasahinya...
kalaulah aku tau jurang yang telah sedia kau ciptakan, takkan aku menghampirinya sehinggaaku terjatuh ke dalamnya...
kalaulah hatimu seperti hatiku.. tak mungkin aku sakit begini menahan rasa...
kalaulah cinta ini masih bersemi, tak mungkin aku sendiri begini...
kalaulah bunga asmara itu masih wangi mengharum, tak mungkin aku menekup duka menahan pilu...
kalaulah aku tau hadirmu hanya menambah sengsara, tak mungkin aku menerima kata manismu....
kalaulah kalau... tak mungkin mungkin....

farizul

Monday, June 11, 2007

Mulakan pagi dengan senyuman paling indah tiap kali bangun dari tidur...

Pasti sepanjang hari akan penuh keceriaan...

Itu kata-kata yang pernah aku dengar dari pakar motivasi...

Namun subuh ini.. aku membuka mata dengan suatu perasaan yang sayu...

Bantal yang jatuh ditepi katil ku peluk...

Ada kepiluan yang terbit dibenak hatiku...

Mengapakah aku terlalu bodoh malam tadi sebelum tidur..

Mengapa aku tidak dapat menahan kerinduan terhadapnya malam tadi

sehingga jari jemariku pantas menaip sms kepadanya...

Suaranya terngiang-ngiang ditelingaku..

Gelak tawanya menghiburkan...

Gurau sendanya sering membuat aku tertawa riang..

Dan tiap kali aku tertawa.. kami bertentang mata...

Ada rasa kasih dan sayang yang tergambar tiap kali aku tenggelam dalam renungannya...

Ya.. aku rindu pada dia...

kenangan itulah yang telah mengganggu ku....

Namun tiada balasan sms darinya malam tadi...

Aku mencapai hp ku di bawah katil..

Sudah 2 kali alarm berbunyi.. Tiap kali berbunyi...

Lagu dealova yang bergema...

Memang sengaja aku set lagu itu..

Lagu itu yang sering mengejutkan aku dari lena.. dan menjentik hati kecilku

yang agak sepi ini...

Aku bangun dari pembaringan dan lantas mencapai towel untuk bersiap menunaikan kewajipan disubuh hari

dan untuk meneruskan kehidupan seharian...

Dalam perjalanan ke opis.. ingatan aku masih pada dia..

oh... mengapa ingatan aku kembali padanya...

adakah dia juga mengingati aku???

rindu seperti rindunya aku pada dia???

tidak... tak mungkin...

siapalah aku ini...

pukul 9 pagi hp aku berbunyi , ada sms rupanya..

hatiku berbunga 1000 harapan.. agar balasan sms dari dia...

ye.. nombor sidia...

walaupun aku dah delete no si dia.. tapi tak mungkin terdelete dari kotak fikiranku...

dan pagi ini... hatiku dilitupi awan tebal...

apa yang sedang aku lakukan???

walaupun aku cuma bertanya khabar.. itu adalah petanda tidak baik bagi diri aku...

aku perlu pulihkan diri ini.. keluar dari cengkaman rindu dan harapan ini...

aku perlu kuat...

pergi jauh.. sejauh-jauhnya...




Wednesday, June 6, 2007

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang



Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Monday, June 4, 2007




Airmata...


Adakalanya Penyubur Hati......


Penawar Duka....


Adakalanya Buih Kekecewaan Yang Menghimpit Perasaan...


Menyesak Kehidupan...




Airmata Seseorang Manusia...


Hanyalah Umpama Air Kotor Di Perlimpahan....




Namun...




Setitis Airmata Kerana Takutkan ALLAH SWT Persis Permata Indahnya Gemerlapan.




Penghuni SYURGA Ialah Mereka Yang Banyak Dukacitanya Di Dunia

Orang Yang Mencintaimu...






Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.



Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.



Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.



Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.



Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.



Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.



Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.



Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.



Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.



Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.



Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.



Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.



Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'



Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.



Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.



Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.



Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.



Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.



Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.



Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.



Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, June 1, 2007

KeRliPaN

Engkau yang datang

Seketika

Dengan kerlipan

Memukau rasa

Dan engkau pergi

Tinggal mimpi

Tinggalkan sepi

Di hujung jalan ini

Engkau yang pernah

Membuat hatiku keliru

Namun anehnya

Kau jua yang kurindu

Kini sendiri

Ku harungi terus mendaki

Puncak yang masih tinggi

Kini sendiri

Dengan hati

Ku gagahi walau tanpa kau di sisi

Sepi hidup ini

Jiwa yang pernah kau beri

Masih berakar umbi

Mengiringi perjalan sepi

Hidup ini

Di MaNa CiNtAkU


Di lingkaran diamku termanggu

Terkenangkan kembali

Saat indah aku bersamamu

Dibelai cinta suci
Sewaktu kelukaan hatiku

Kau datang dan memberi

Taburan bungan cinta sucimu

Harum subur dihati
Tapi kini kau pergi

Tinggalkan aku sendiri

Mengusir sepi, mengusir rindu

Terpisah selama-lamanya

Kau pergi dariku
Titisan airmata dipipiku

Memanjat doa suci

Saat indah aku bersamamu

Masih tetap di hati
Cintaku masih untukmu

Rinduku masih padamu

Biarpun kita terpisah jiwa

Namamu tetap dikalbu

PeRgIlAh CiNta


cinta....menggapaimu

aku tak bisa mencuba

menapak disisimu pun

tak mampu kulakukan

sekadar menggambar bayangmu

meski hanya dalam benak

turut sulit kulakukan
cinta....

jalan yang kau pilih sungguh sukar kujejaki

kucuba,

selalu ku tersandung

dan jatuh berkali,

tajam kerikilnya melukai kaki ku

aku tak mampu menahan sakitnya
pergilah cinta....

tinggalkan aku

aku tak bisa mengikuti mu

JaLaN TeRaKhIr

Tak perlu kau memujuk diri ku lagi
Tak perlu kau meyakini hati ku ini
Biarkan semua pergi
Keindahan dulu
Peritnya luka yang mengguris kalbu
Sekalipun segala janji yang dimungkiri
Hakikat ini harus kita hadapi
Tak perlu kau memujuk diri ku lagi
Tak perlu kau meyakini hati ku lagi
Usaikan segala keresahan jiwa
Kita tak mampuMembina Mahligai bahagia
Mengapakah kita bertemuJalan yang terakhir
Sedangkan ku mendambarkanKau selamanya
Apa yang telah terjadi
Tak usahlah kita menyesali
Kerna ianya adalahSuratan takdir
Apa yang telah terjadi
Penting untuk kita memahami
Jalan yang ada kini hanyalah
Perpisahan buat kita
Cukuplah engkau sebagai
Kesilapan yang tak akan berulang kembali

sesudah gerimis...

Sukar untuk diluahkan yang terbuku di hati....
Mungkin terhalang kerana kesedihan yang menjerut rasa...
Hingga menjentik lulu hati ini...
Acapkali mereka membuat pilihan...
aku menjadi pilihan terakhir...
bukan kedua, ketiga atau keempat...
tapi.. yang terakhir....
terlalu naif sangatkah diri ini???
atau.. terlalu daifkah aku ini???
adakah aku ini pengganggu???
aku dihambat sepi...
mencari keriangan yag tiada warnanya...
melewati hari-hari yang suram...
dibiarkan hati yang tak bersalah ini dicalar pilu....
aku hanya mampu melihat...
tiada lagi air mata yang mengalir...
telah kontang kolam mata ini...
berilah ruang pada diri ini...
aku ingin lihat pelangi indah walau sebentar...
sesudah gerimis ini...

Thursday, May 31, 2007

sedetik dalam dilema...

tahukah kalian...
dunia ini terasa sepi...
begitu sunyi...
tiada hilaian tawa...
hanye gerimis yang datang bertanda...
tetapi tiada pula pelangi indah datang memujuk...
oh dunia....
terpinggirkah aku di bumi mu ini...
aku merenung jauh ke hujung dunia...
ke mana lagi hendak ku buang langkah ini...
ke mana lagi hendak ku bawa lara hati ini...

Mengapa gagak berwarna hitam???

Dahulu gagak punya warna yang sangat indah...
Berwarna-warni...
Sering dipuja akan kecantikannya...
Akibat sering di puja...
Gagak menjadi bongkak dan sombong...
Akhirnya gagak dipanah petir...
Habis hangus sehingga menjadi hitam...
Bunyi "aak" sehingga ke hari ini...
adalah bunyi kesakitan ketika di panah petir...

LiStEn...

Listen To the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen To the sound from deep within
It's only beginning to find release
Oh the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own all 'cause you won't listen
Listen I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on my mind
You should have known -
Oh Now
I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own
You should have listened
There is someone here inside
Someone I thought had died so long ago
Oh, I'm screaming out and my dreams will be heard
They will not be pushed aside or worse
Into your own all 'cause you won't listen
Listen I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on my mind
You should have know
Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own
I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't
Listen To the song here in my heart
A melody I start But I will complete -
Oh Now I'm done believing you
You dont know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I gotta find my own

Tuesday, May 15, 2007

:(

andai dirimu teringat akan diriku..
pandanglah laut.. mungkin kau akan ternampak bayang wajahku tersenyum memandang mu...
andai kau terdengar bunyi ombak menghempas pantai... itu adalah suaraku yang memanggil namamu dikejauhan...
andai kau terasa angin yang bertiup ke wajah mu.. itulah sentuhan rinduku buat dirimu...

Aku dan kenangan

Kenangan itu makananku...
Air mata itu minumanku...
Onak dan duri teman perjalananku...
Luka itu telah mencorakkan aku...
Memberi seribu erti yang memuntahkan aku...
Memandang jijik akan erti kepuraan..
Memberi harapan kosong...
Berkata mahu tapi tak mahu...
Aku dan kenangan...
Aku hidup dalam kenangan...
Benarkah????

Monday, May 14, 2007

Bulan Kedua

Hati berbunga rindu
Jiwa tak tentu arah
Ini kah yang disebut cinta

Bulan kedua itu
Pertama ku dengan kamu
Dua hati terpaut suka

Oh... begitu cepat
Waktu berlalu
Perpisahan tak diduga

Ku... ingin denganmu
Tak terbatas waktu
Kau tetap slalu di hati

Bulan kedua itu
Cintaku takkan kuhapus
Pertama kau ucap kata cinta

Friday, May 11, 2007

Cinta vs Benci

Hmmm... manusia ni memang pandai menyusun kata dan bermain madah...
Waktu suka dipuja.. Indah menutur janji...
Segalanya indah di mata...
Bila dah jemu... berubah sekelip mata...
Hilang segala lembut bicara...
Hingga sanggup menutur "GO TO HELL"
Sungguh kejam...
Inikah cinta???
Inikah sayang???
Inikah kasih???
Dimana letaknya nilai cinta???
Hanya di pinggir bibir....
Bermain dengan kata-kata...
Penuh dengan dusta dan pura-pura...
Pentingkan diri...
Hanya memikirkan kebahagiaan sendiri...
Dan orang lain terdera perasaannya...

Bunga???

Dia berjalan menuju ke pokok bunga kesayangannya yang dijaga di rumahnya.. Disiram dan dibelai penuh kasih sayang...
Setelah itu dia keluar dari rumahnya.. Menyusur dijalanan.. Lantas di ternampak kuntuman bunga-bunga liar yang pelbagai rupa yang cantik di pandang.. Dia memilih dan memetik bunga yang indah dipandangannya.. Dicium bunga itu berkali-kali... Setelah bunga itu layu dan tidak bermaya.. dicampaknya bunga tersebut.. dan terus pulang ke rumah.. Sesampainya di rumah.. dia terus menuju ke pokok bunga kesayangannya.. Di siram dan dibaja.. cukup diberi perhatian walaupun bunga itu tidak secantik bunga liar dijalanan.