Thursday, November 30, 2006

Samar Bayangan

Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin duka
Kini tinggal samar bayangan
Tak bisa lagi berdiri
Tuk menatang cinta ini
Mengapa harus ku sendiri pertahankan
Cinta yang berdarah ini

Hati masih merindu sedih
Walau hujan berapi
Membakar di bumi hatiku
Andainya putus katamu
Ingin pergi dariku cuma
Kau menyesali

Segalanya akan aku tempuhi
Biar pun sejuta duri
Menikam bisa hatiku
Menusuk pilu kalbuku
Akan aku teguh berdiri lagi oh..
Biarkanlah diriku sendiri
Hadapi kelukaan ini
Kan ku sambut airmata ini
Walaupun pedihnya tiada terperi

Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin luka
Kini tinggal samar bayangan
Andainya putus katamu pergi
Tinggalkan daku cuma
Usahlah kau menyesali lagi

Wednesday, November 29, 2006

Beringatlah...

manusia suka berpura-pura.. muka yg baik jgn disangka baik.. sebenarnya penuh pura-pura.. hanya lakonan semata.. jgn terpedaya.. ingat.. setiap perbuatan ada balasannya.. cuma cepat atau lambat sahaja.. sesungguhnya allah swt itu maha adil.. tunggu dan lihat..

nilai kasihmu

Berakhirlah sudah dan terjawablah sudah persoalan ini. Siapa diriku di matamu. selama ini aku bersendiri mengikat silaturahim ini. sedangkan kau tidak pernah berusaha ke arah itu. tidak ada sedikit pun keikhlasan yang terbit dlm dirimu. tidak ada sedikit pun kasih syg yg kau beri. yg ada hanyalah kepuraan dan pendustaan. selama ini aku tertipu dgn lakonan hebatmu. kegembiraan yg aku sangkakan hanyalah lakaran yang penuh dgn rekaan dari mu. terlalu mudah keikhlasanku dipijak oleh hati yg terlalu kejam. hanya bijak menutur kata bermain nista. sedangkan aku menerimanya kerna tertipu dek lakonan kasih sayangmu. adilkah perbuatanmu diatas kepuraan itu. tidak remukkah hati ini bila mengetahui aku sendirian selama ini. tdk pernah sama sekali wujud bunga kasih silaturahim. akhirnya aku sendiri mengutip kuntuman yg berserakan dan berlalu pergi membawa hati yg sangat luka. puaslah sudah hatimu kerana itu yg kau mahukan terlalu dalam luka ini. tidak mampu aku menjahit dan menutup duka ini.

Tuesday, November 28, 2006

Pilu biar ada penawarnya...



Terlalu sukarnya aku memujuk hati. Sayunya hati ini. deritanya perasaan ini menanggung segala kisah duka ini. dimanakah akhirnya. tiada kata yang mampu diluah di atas segala perbuatannya. aku rasa tertipu. aku rasa dikhianati. aku rasa dipermain. aku rasa diperbodoh. kasih syg yg mendalam pdnya tidak pernah dihargai segala pengorbanan aku. tak pernah kau hargai. tergamak hatimu.sampai hatimu. mengapa permainkan perasaan ini. mengapa memberi harapan kosong pada diriku. mengapa berpura-pura pada diriku selama ini. pendustaanmu seolah-olah aku hanyalah insan yg sgt bodoh. ya allah. bantulah diriku ya allah. aku tak mampu menanggung semua ini. terlalu berat dugaan ini. kenyataan ini amat payah utk ku terima. bukan aku tidak redha dgn semua ini. Cuma aku memerlukan kekuatan dlm mengharungi lautan duka ini. berikanlah aku sedikit ketabahan untuk berdayung keluar dari arus pilu ini. kerana aku tidak mahu lemas dlm cungap nafas sendu ini.

Monday, November 27, 2006


Kasih dan sayang adalah segugus kepercayaan yang abadi… Hati ini terlalu pedih melihat kepercayaan yang tersemat di jiwa ini disepahkan merata… Hati ini terhiris luka dengan dusta yang menjadi mainan dibibirnya… Aku kalah dengan ego sendiri… lantas melontarkan diriku ke jurang sepi…

Pergilah sayang...




Jangan dicuba pujuk hati ini.. jangan cuba mencari diri ini lagi..

kau takkan mampu membayar harga rasa terkilan ini..

tidak akan ku maafkan apa yg dikau lakukan..

pergilah.. pergilah sejauh mungkin...

buatlah apa sahaja.. aku tidak peduli..

aku tak ingin melihat wajahmu lagi..

tidak akan aku maafkan walau sedikit pun..

akan aku kenang sepanjang hayat ini...

segala pura-pura yang kau lakonkan..




Saya tertarik dgn kata-kata ini..
tersentuh perasaan saya membacanya...


dalam paksa perlukah aku merelakan. dalam sengsara masih bisakah ku bilang tak mengapa.. dalam derita.. mampukah ku tersenyum jua.. biarlah aku melangkah pergi.. membawa hati nan sepi.. selamanya.. biarlah ku berlalu pergi.. moga kau tak terjumpa sinar mataku yang berkaca...


sepi dan sendiri...









Alangkah indahnya..
andai berteman di kala sepi..
berkongsi impian...
berkongsi harapan..
menjadi tempat menumpang kasih..

Ke mana lagi???


Menyusur sendirian di pinggir dunia..
Hanya berbekalkan sekeping hati yang retak..
Melangkah lesu tanpa tujuan..
Kamus pertemuan dan perpisahan
Termaktub lagi...
Tidak tegar menanggung lagi..
Berlabuh aku memandang kaki langit...

Friday, November 24, 2006

bicara luka

Aku terpaksa melangkah pergi...
meninggalkan dirimu..
walaupun hati ku berat..
bila menyedari.. aku hanya sendiri..
bukan denganmu...



BICARA LUKA
Kalau benar apa yang telah ku dengar
Permainanmu di sebalik sedarku
Sungguh bisa malah tidakku sangka

Manis kat depanku lain bicara
Selama ini tak pernah kusangsi
Malah kasih melebihi segala

Namun ternyata terang kini
Tak bersuluh lagi
Usah kau sembunyi

Telah ku tahu gerak laku siapa kau sebenar
Tak ubah sandiwara memukau
Hanyalah di depan mata

Biar waktu tentukan siapa yang benar
Usah dikesal andai saat itu
Kau sedari ku tak lagi berada di sisimu

Esok... Lusa... Selamanya...

Esok??? Lusa??? hari-hari mendatang???
masih adakah sinar yang ku cari???
akan menjelamakah dikau yang telah lama menghilang???
terlalu derita rindu ini...
pada siapakah aku merindu???
atau aku merindu pada yang tak sudi???
wajah-wajah silih berganti...
tersenyum sinis...
dan aku menelan segala seadanya..
mereka tidak pernah berjanji..
cuma aku yg mengotakan janji yg tak pernah wujud..
berdosakah perasaan ini???

Thursday, November 23, 2006

Tanda tanya?????



Indahkah kehidupan ini??? Mungkin... jika berjaya mengecap kebahagiaan yang diingini... mungkin juga tidak.. andai gagal mencari yang diingini.. Berhargakah hati ini?? Entahlah... Soalan demi persoalan datang bertalu.. menjadi tanda tanya.. Suka.. duka.. kecewa.. silih berganti.. pertemuan.. perpisahan sudah lali.. di manakah keikhlasan??? di manakah kejujuran?? masih wujudkan nilai-nilai itu??? semakin pudar...

Wednesday, November 22, 2006

Yang menghilang itu dirimu.. dan yang kehilangan itu diriku..



Cinta datang dan pergi.. Sukar untuk hinggap di hati ini.. tetapi begitu mudah terbang berlalu pergi.. diri hanya kaku menyaksikan hati ini dibawa pergi.. berhari-hari menanti dan terus menanti.. menunggu esok yang telah hilang.. sukarnya mengubati luka ini...

Cinta... Indah tapi...



Pernahkah kita terfikir... Suatu hari bila cinta itu hadir... Penuh keindahan.. Penuh kemanisan.. Menyemai cinta bersama.. Disiram dan dibajai dengan kasih sayang... Menyusur keindahan bersama.. Sehingga terlupa waktu-waktu yang berlalu... Cinta itu sukar dijangka.. Hati juga tidak mudah diduga.. Penghujungnya adalah hari-hari yang sukar.. Menyusur lautan air mata berbekalkan pendayung hati yang patah... entah ke mana hendak di bawa hati yang lara...