Sunday, December 4, 2011

Semlm kau tipu lagi, kau cuba pertahankan diri kau...
Knp begitu? Knp?
Knp aku sering menjd mangsa?

Wednesday, March 31, 2010

Kesedihanku, kekecewaanku dan kelukaanku...
Pedih dan sengsara, tak tertanggung rasanya...
Pengorbananku tak dihargai...
Ingin aku pergi jauh dari sini...
Pergi ke pinggir dunia yang tidak pernah aku jejaki...
Ingin aku akhiri hidup ini...
Hanya kerana duka yang membebani ini...
Terlintas difikiranku...
Siapa aku di hatimu?
Di mana aku di hatimu?
Tiada apa lagi yang tinggal...
Tiada lagi harapan yang ku titipkan...
Aku tertipu...
Aku hanyalah insan malang berbekalkan cinta aku yang BODOH!!!
Sememangnya aku BODOHHHHHHH

Tuesday, March 16, 2010

Kehidupan...

Entah mengapa ku luahkan di pagi hari ini tentang kehidupan....

Kehidupan bermula seseorang itu lahir ke muka bumi ini sehinggalah hembusan nafas terakhir. Kehidupan ini seperti roda, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Berbekalkan semangat dan ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau senang. Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Berkat usaha dan kesabaran kita akan mencapai kejayaan. Namun, tak semua yang kita usahakan, kita akan memperoleh segala impian kita. Ada masanya, semakin kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri. Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. Sebagai manusia, kita harus sabar menghadapi ujian hidup ini.
Segala apa yang kita lakukan di dunia ini perlu disertakan dengan keikhlasan. Jangan kita harapkan sebarang ganjaran dan pujian, kerana tidak semua manusia tahu menghargai. Jarang manusia menghargai apa yang mereka ada dan yang mereka terima. Sudah menjadi adat kesilapan sebesar zarah, itulah yang mereka nampak dan sering perkatakan. Begitulah kehidupan, langit tak selalunya cerah, ada masanya mendung dan kemudian hujan datang menimpa. Jadi perlulah kita sediakan payung sebelum hujan. Kita perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Kehidupan ini penuh ranjau dan duri. Berbekalkan semangat, azam dan usaha yang gigih kita akan terus melalui denai-denai kehidupan ini. Ada masanya kita merasakan kehidupan ini terlalu indah. Ada masanya kita merasakan kita bersendiri menjalani kehidupan ini walaupun kita berada di tengah kesibukan kota. Itulah warna-warni kehidupan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan, menjadikan kita semakin matang dan bijak membuat keputusan.
Kesimpulannya, gembira atau tidak, suka atau tidak, kita perlu meneruskan hidup ini. Suka, duka adalah permainan kehidupan dan kita tidak dapat lari dari merasainya. Carilah kegembiraan dan carilah kebahagiaan. Teruskan perjalanan hidup ini bersama semangat dan keazaman. Tanyalah diri apa yang kita inginkan kerana hati tidak pernah menipu dan di situ kita akan bertemu jawapannya.

Saturday, February 27, 2010

Kesal

terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi
meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati
walau ku cuba hindarkan sesal di dada
kesilapan lalu menghantui diriku
segala yang indah sering menemani ruang sepiku
senyum dan tawamu masih jelas terbayang dimataku
kini semuanya menjadi kenangan silam
sesal hati dirundung kecewa
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri
sedang kau tak pernah ingin mengerti perasaan di hati
pernah kah kau rasa hangatnya kenangan
air mataku yang tak mungkin mengalir
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
sungguh aku tak pernah mengerti
mengapa semua harus begini
seribu luka tersedih hati
aku tak pernah menduga
begini hebatnya duka lara bila berakhirnya cinta
mengaapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
betapa ku kesal biar ku sendiri

Friday, February 26, 2010

Tatkala aku mencoretkan catatan blog ini, aku berada di cameron highland. Di malam yang sepi ini, aku meluahkan segala kekusutan dijiwaku.. segala keresahan yang bersarang dihati ini. Kerana kesedihan yang membaluti perasaan ini, aku membawa diri jauh keluar dari kuala lumpur. Memikirkan nasib diri, mengubati hati yang terluka aku terpaksa. Benarkah aku terlalu mementingkan perasaan sendiri? Tahukah bahawa rindu ini terlalu dalam. Penantian ini suatu penyeksaan. Mengapa tidak kau fahami. Adakah hanya aku yang terlalu bersungguh-sungguh, bertepuk dan terkinja-kinja seorang diri. Sedangkan aku hanyalah pilihan terakhir. Tidak pernah menjadi keutamaan, sedangkan hanya dia yang bertakhta di hati ini. Menunggu dan menanti tak bertepi. Sukarkah permintaan ku ini? Teruk sangatkah diri ku ini.

Monday, February 8, 2010

Luka

Entah mengapa hati ini luka tanpa bersebab… terasa seperti darah itu mengalir keluar dari lukanya.. pedih dan ngilu… tidak pasti cara untuk merawat luka ini… tak mungkin sembuh dan tak mungkin mampu diubati… itulah lukanya seorang aku… luka dilukai… titisan darah lukaku terus menitis… tidak aku nantikan sebarang ubat… kerana seorang aku telah berputus asa… menunggu darah kering sendiri dan terus menutup mata buat selamanya..

Aku.. cinta.. sepi… dan rindu….

Aku adalah seorang aku yang mendambakan cinta… mengaharap agar diri dicintai… di sayangi dan dikasihi untuk sepanjang hayatku.. ingin membuka dan menutup mata di sisi orang yang dicintai…

Cinta.. fitrah kehidupan seorang insan memerlukan cinta.. ingin mencintai dan dicintai... bukan mudah untuk mencari cinta.. bukan mudah untuk dicintai.. dan bukan mudah untuk dicintai...

Seorang aku hidup dalam sepi dan dalam penantian… walau cinta telah hadir… aku masih sepi di sini… memang benar penantian itu menyeksakan… derita rasanya dalam kesepian ini…

Rindu.. sepi itu telah mengajar aku ertinya rindu.. rindu kasihnya… rindu segala-galanya… rindu ini tidak bertepi… terlalu dalam rindu ini hingga tidak terselam…

Confusing....

Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan, mengelirukan dan sukar difahami. Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit. Akur dengan segala ketentuan. Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia. Dalam kehidupan ini sukar dijangka. Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai. Adakalanya semakin kita mencuba, kita semakin hampir dengan kekecewaan. Air mata pula menjadi teman setia. Kehangatan air mata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati. Tembok kolam air mata tidak lagi seteguh dulu. Memudahkan banjir melanda taman hati yang penuh kepiluan. Gerimis melanda, justeru dedaun kesedihan berguguran.. terus hanyut di bawa arus dan lemas dalam cungap nafas sendu...

Sunday, January 24, 2010

CINTAKU SELALU DI HATI DAN TAKKAN BERUBAH SAMPAI MATI...

Wednesday, January 13, 2010

hujan lagi

basah ini seketika cuma
harus rela dan redha
kerna sebentar lagi kita kan terpesona
pada bau tanah yang membasah segar
pada butir butir air yang tinggal di bunga cantik bermekaran
dan nun di hujung langit sana
jutaan warna kan dipapar sang pelangi
indah

aku berdiri lagi

Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Setelah sekian lama
Ku ungkaikan kalimah CINTA ini
Lalu ku benamkan dipuncak kecewa
Agar aku tidak bisa mendaki nya lagi
Agar aku tidak ada hati langsung untuk kesana
Tapi ku rasa kelungsung hati ku sepi
Tapi ku rasa kaki ku tidak bediri dibumi nyata
Selama itu
Aku kundung segala cerita kehidupan ku
Dari fajar hingga ke senja dengan tangan sendiri.

Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Hari ini kalimah CINTA itu belagu lagi
Digendang telinga ku
Apakah harus aku dengar dan ku dendangkan
Lantas ku sulam besama segempal hati
Untuk membentuk tangkai ASMARA
Tapi aku tak pasti
Apakah ladang CINTA ini bisa membuah
Atau aku saja yang berdendang SENDIRI.


petikan web tentang cinta....
Selamilah rasa hatiKu Kenalilah aku, Hayatilah kisah cintaKu Mencintai dan dicintai adalah fitrah manusia yang sukar dinafikan

hati kecilku

Hati...siapa yg tahu rahsia di hati ini?
Siapa yang sedar bahawa
hati sekecil ini mampu memendam rindu yang membara?
Siapa yang pernah mendengar
sekeping hati ini menjerit kerinduan?
Siapa yang tahu hati ini tidak pernah letih mencari cinta suci yang sejati lagi abadi....?
kurang pasti perjalananku kali ini bagaimana tanpa mu di sisi..
maafkan aku kerana pemergianmu ku iringin dengan deraian air mata
yang berjujuran laju umpama empangan pecah tatkala ku peluk erat tubuhmu...
terlalu dalam cinta ini... kasih dan sayang merimbun subur di taman hatiku...
mampukah aku bertahan tanpamu di sisi? terasa sepi sekali kini..

Sunday, January 3, 2010

Penantian bertahun akhirnya berakhir...
hadirnya menguntum senyumku semula...
menjadikan aku takut kehilangannya...
kerana aku terlalu menyayangi...

Duri yang tertusuk




Dikeriuhan kota ini... di dalam kesibukan hutan batu ini...
Aku tidak merasai semua itu...
Seolah seperti manusia tuli...
Dihimpit perasaan dan adakalanya seperti kebingungan...
hahahahaa.......

Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan

penghujung cerita




rendangkan sepohon cempaka.. biar harum dibawa angin yg berlalu...

hujung perjalanan...




langkah kian longlai..
bilakah penghujungnya???

Sepi dan Sendiri

di dalam kelam ini aku mencari-cari sinar cahaya...
sendirian bersama hati yang kosong...
dalam samar-samar aku ternampak sang bulan...
ditemani bintang-bintang berkelipan...
indah... cantik bergemerlapan...
aku di sini sendiri dalam sepi...
cuba merenung liku kehidupan ini...
semakin jauh perjalanan ini..
semakin sunyi dan sepi...
sesepi di tanah perkuburan...
di mana disitu akhir perjalanan ini...

Friday, January 1, 2010

Suatu persinggahan


Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

Lembaran baru...

2009 melabuhkan tirai... berbagai suka, duka, gembira, terluka dan kecewa aku lalui... semakin mengenali erti kehidupan... mengenali hati budi seseorang... mendalami keikhlasan dan kejujuran... menduga hati kawan atau lawan... dan sisa kehidupan 2009 terleret masuk ke pentas 2010...
ada yg pergi meninggalkan aku.. menyepikan diri.. menjauhkan diri setelah mendapat apa yg dimahu.. dan ada yg mengetuk pintu hati untuk bertandang di 2010...
ada masanya aku merasakan perjalanan ini sudah hampir untuk berakhir... dan aku hanya menunggu agar mata ini terus tertutup... melangkah ke 2010 aku masih berasa sepi.. terasa sunyi menjalani sisa-sisa hidup ini...
terasa bosan menyelubungi diri... seolah-olah hanya jasad yang tinggal...
pencarianku telah pun berakhir... tiada apa yang aku cari lagi... hanya menghitung hari dan menikmati kegembiraan yang ada... walaupun sebenarnya kegembiraan itu semakin pudar...

Sunday, March 8, 2009

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...
Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

Thursday, January 1, 2009

Tinggalkan Aku

Kau yang mau
Aku tak ada lagi
Di dalam hidupmu karena kau t’lah bosan

Kau yang bilang
Kini kau t’lah berubah
Tak ada yang bisa kau harapkan lagi
Uuuhhh… ku kira waktu yang kan menang
Kusalah
Uuuhhh… pergilah bila kau inginkan pergi

Tinggalkan aku, tinggalkan aku
Jangan pikirkan teruslah melangkah
Aku tak penting untuk dirimu
Carilah, cari bahagiamu itu

Ku t’lah pasrah
Dengan keputusanmu
Percuma semua dipaksakan

Thursday, September 25, 2008

Seminggu setelah kau pergi
teman silih berganti
menghiburku

berkata semua teratasi
dan terus sembunyi
di balik senyum palsu
ku dengar dirimu
tak sendiri lagi

betapa hancurnya
hati dan jiwaku

setahun setelah kau pergi
ku masih sembunyi
di balik senyum palsu
ku dengar dirimu
tak sendiri lagi

betapa hancurnya

hati dan jiwaku

setahun setelah kau pergi
ku masih sembunyi
di balik senyum palsu
ku dengar dirimu
tak sendiri lagi

betapa hancurnya
hati dan jiwaku
betapa hancurnya

tolong bantu aku
melewati semua

Tuesday, September 23, 2008

Betapa

Boomp3.com

you said you would never leave



“I never wanted to go away, and the hard part now is the leaving you all. I'm not afraid, but it seems as if I should be homesick for you even in heaven.”

Thursday, September 18, 2008

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

Wednesday, September 3, 2008

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Tuesday, September 2, 2008

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

aku bukan lagi sebahagian daripada pelakon cereka itu...
aku kini penonton setia...
menyaksikan 1001 kisah cinta...
pelbagai ragam...
tak sanggup lagi aku bermain perasaan..
menghulur keikhlasan..
disepak kejujuran...
aku.. rela sendiri begini...
sepi .. sunyi...
itu adalah temanku..

Monday, July 14, 2008

teman baruku...

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

teman baru yg cuba hadir dalam hidupku...
maafkan aku...
aku ingin undur diri kerana takut terluka lagi..
fahamilah.. hati ini terlalu rapuh...
tidak seteguh dan setabah dahulu lagi...

teman baru...
tidak perlu kau lakukan sesuatu supaya aku marah dan menjauhkan diri...
tak perlu berjanji utk berjumpa dan kau tidak hadir ke situ...
tak perlu guna alasan tak munasabah utk rasa tidak selesa...

teman baru...
jgn jadikan aku mangsa keadaan...
jgn kau jadikan aku teman diwaktu sepimu dikala tiada org tersyg...
jgn kau cuba bermain tarik tali dgn ku..
kerana sesungguhnya aku tiada daya lagi utk bermain...

teman baru...
jgn ungkapkan persahabatan jika tiada keikhlasan...
jgn kau hadir utk menambah luka dihatiku yg masih belum sembuh lukanya...

teman baruku...
terima kasih di atas pertemuan itu...
kerana pertemuan itu mampu mengukir senyumku...

teman baruku...
terima kasih kerana tidak hadir pada pertemuan kedua...
kerana aku pulang dengan rasa hampa...
namun aku bersyukur...
tiada lagi bunga harapan yg berkembang dihatiku...
tidak lagi aku menanti...

teman baru...
sesungguhnya.. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali...
aku takut menyayangi dirimu...
dan aku tidak mampu menghulur persahabatan ini...
kerana aku hanya membiarkan diri aku hanyut..
dan terus melupakan aku...

teman baru...
tiada ungkapan lagi aku mampu ucapkan...
sekiannnn...

kekasih lamaku...

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

sayang...
maafkan aku kerana masih mengguna perkataan sayang ini...
hari terus berlari..
meninggalkan aku bersama kenangan aku dan engkau...
entah mengapa.. hari ini..
semuanya hadir ke dalam memoriku...
tentang engkau.. tentang sahabat baikku...
mengapa engkau memberi jika tidak pasti..
ungkapan maaf begitu mudah..
seringkali kau mengatakan...
biarkan yg lepas itu pergi...
hadapilah hari-hari mendatang...
tetapi bagaimana???
aku masih di sini...
bukan aku tidak pernah mencuba...
aku lelah...
mengapa engkau biarkan aku begini...
masih menanti dan menagih kasihmu...
mengapa kau permainkan perasaan aku???
kau tak pernah jujur...
kau hanya menipu dan mempermainkan aku dengan kata cinta..
dari kata-kata manismu...
mengapa kau goda aku dgn kata-kata manis..
aku pernah menolak...
tapi kau tidak pernah putus asa..
setelah kau dapat dan kau miliki hatiku...
kau robek kebahagian yg aku terima dalam sekelip mata...
manusia apakah engkau...
begitu zalim perbuatan kau...
kalu lukakan hatiku...
kau marah aku sesuka hatimu..
kau keji aku dgn kata-kata kesatmu...
andai kau terbaca luahan hati ini...
cubalah utk fahami...
aku tak mau kembali...
aku tak perlu cintamu lagi...
cuma apa yg aku inginkan..
cublah fahami..
hati insan yg pernah menyayangi dirimu...
hati insan yg kalu lukakan dengan cinta pura-puramu...
puaslah sudah hati kau...
ketawalah engkau dengan gembiranya..
kerana kau musnahkan kegembiran aku..
dan aku terbiar sepi begini memakan diri..
bergembiralah engkau...
fahamilah..
bahagiamu itu di atas deritaku...

teman lamaku sayang...

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

teman lamaku tersayang..
apa khabar kalian?
lama aku tidak mendengar khabar dari kalian...
terlalu rindu aku.. saat indah bersama dulu...
gelak tawa.. gurauan..
masih terdengar suara-suara itu...
maafkan aku kerana menyepikan diri...
maafkan aku kerana melukakan kalian...
mengapa terlalu cepat kalian menghukum aku???
sehingga aku terbiar sepi dan kaku begini...
sehingga aku pergi membawa diri...
membawa rajuk hati luka ini...
sampai hati kalian...
aku sedar diri ini...
aku tak punya apa...
aku hanyalah sandaran...
aku hanyalah pilihan terakhir...
sering menjadi yg paling akhir...
aku tahu itu...
tapi tidak pernah aku hiraukan...
kerana aku perlukan teman...
namun.. aku punya hati...
sekeping hati dan perasaan yg sering aku abaikan...
kerana aku cukup takut sendiri..
aku cukup gementar melalui hari-hari sepiku...
dan akhirnya..
aku terpaksa meniti hari-hari sunyi ku...
hari-hari mendungku...
tanpa teman di sisi...
aku redha.. aku harus sendiri...
aku tak diperlukan...
aku hanyalah lilin membakar diri...
biarlah.. biarlah aku sendiri..
andai ini takdirnya...

Sunday, July 6, 2008

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

bosan dalam penjara sunyi dan sepi ini...
berpeluk tubuh dirantai kenangan lalu...
menjerut leher hingga tidak mampu air mata mengalir...
tercekik kerana terkilan yg mendalam...
membiarkan aku terbiar sendiri...
tanpa pujukan apatah lagi secebis simpati...
itulah nilai kasih sayang yg mendalam...
yg tak pernah dijamah...

Saturday, July 5, 2008

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

jangan kau renung anak mata ini..
kerana ada berjuta kesedihan dan kepiluan...
garis kelukaan yang berbirat di wajah sepi ini..
hingga diri ini terbiar kaku..
tak punya perasaan lagi...
Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...


ingin diluah.. tapi tidak tercoret...

Friday, July 4, 2008

Pengajaran untuk hari ini...

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...


Kita selalu jaga hati orang.. tapi
ada ke orang lain jaga hati ke?
rasanya takde..
bila kita susah kita tanggung sorang-sorang...
terutama org yg kita sayang...
kalau nak tinggal kita.. tinggal aje..
sikit pun takde kasihan...
ye lah.. dah ada org bertakhta dihati dia..
katanya.. biar yang lepas tu lepas...
ahhh.. sudahla...
dasar mulut manis..
so.. aku rasa.. takyah pikir org...
hidpu sendiri lebih baik..
hati tak sakit...
dan rasanya..
nak buat baik tu boleh..
tapi pegang dengan kata-kata org dulu..
buat baik berpada-pada..
buat jahat jgn sekali..

Saturday, June 28, 2008

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...

dalam dunia sekarang ni.. dah tiada keikhlasan..
semuanya pura2..
lebih baik sendiri...
Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...


tak mau meluah.. tapi jari jemari ini pantas menekan keyboard ini...
entah mengapa semalam aku menonton filem sepi..
ada air mata.. ada tasik.. ada larian.. ada org berkayak...
ada puisi... ada penantian... ada hospital..
ada sikit kegilaan..
kenapa latar belakang itu ada persamaan...
lantas aku menjadi takut..
sedikit kesal menonton..
walau diselit sedikit humor tapi hatiku tersentuh...

Tuesday, June 17, 2008

Bosannn..

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...


Bosan.. penyakit yg kerap melanda diri aku...
Hmm.. apa aku nak buat ni..
kat opis boring.. kat umah boring..
mana aku nak pergi ni ye..
Tak sanggupla mcm ni..
Kat mana2 pun boring...
mana kawan-kawan ye???
dah hilang...
tak tau kemana pergi...
ish.. pelik bunyi tu...
atau.. aku yg menghilangkan diri

Thursday, June 12, 2008

aku marah???

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...


hmmm.. petang semalam entah angin apa melanda..
aku angin satu badan dengan sorang staf yg dia rasa dirinya hebat...
selalunya kalau mood aku tak baik pun..
aku tak pernah keluarkan suara tinggi atau marah tanpa sebab..
tapi semalam kesabaran aku memang sampai tahapnya..
ataupun blood pressure aku tinggi memuncak..
aku cakap apa yg aku nak cakap..
sampai menggigil tangan aku menahan sabar..
dan staf yg dtg cari aku tu pun..
tak sangka aku bertindak di luar jangkaan..
tapi sekurang-kurangnya aku lepaskan juga apa yg aku nak ckp..
balik umah aku masih terfikir..
kemarahan aku sememangnya tak reda lagi..
sampai umah.. aku dok kat ruang tamu..
rehat kejap.. hari ni pulak.. hsmt aku ada kat umah..
diaorg ajak kuar makan..
aku pun ikut sbb tak mau layan perasaan..
entah mcm mana.. aku ikut sekali diaorg tgk wayang..
citer kungfu panda.. dah lama gak aku tak tgk wayang..
dah berbulan jugakla.. aku rasa last aku tgk wayang tahun lepas kot..
aku pun tak ingat..
so.. ketawa gak la aku tgk citer tu..
dah lama tak ketawa gerakkan otot muka..
lupa jugakla pasal citer kat opis..
balik umah.. mata tak mau lelap..
aku bancuh susu..
org kata minum susu senang tidur..
aku malas nak mkn ubat relax.. sebab dah lewat..
takut pagi esok sakit kepala lak..
pukul 2 pagi aku masih tgk jam.. hmmm
tak mau tidur lagi..
aku dok dlm gelap.. akhirnya aku lenaa juga..
sedar2 dah pukul 615 pagi..
sampai opis pkl 8.. aku tunggu kawan yg selalu bersama aku..
aku pi minum..
balik minum aku terserempak dgn staf yg aku bertekak semalam..
dia cuba nak ambil hati aku..
walaupun aku banyak terasa hati sehingga dia benar2 mencabar kesabaran aku..
aku cuba memaniskan muka..
tapi nampak aku tak selesa..
aku terus meneruskan hari2 ku..
liku2 yg berlalu...
sekrg dah 541petang..
rasa nak balik rumah
tapi mesti jem
balik ajelaaaaaaaaaa

Wednesday, June 11, 2008

?????

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...



Masa terus berlalu.. hari silih berganti..
semakin banyak perubahan berlaku...
kawan datang dan pergi...
kadang2 aku terpikir..
mengapa aku masih sendiri..
menolak mereka yg cuba hadir didalam hidupku..

rasa takut.. khuatir..
enggan dilukai menyebabkan aku memilih utk sendiri...
bila dah berteman.. takut bila sendirian..
aku takut hadapi perubahan mendadak..
biarlah begini.. dari aku dilukai lagi..
luka dilukai.. mcm pernah dengar lagu ni..
tapi aku tak ingat siapa penyanyi nya..
tapi itu yg aku takutkan..
aku dilukai sewaktu hati aku masih terluka..
terlalu derita rasanya..
tak tertanggung perasaan..
tak mampu aku menyelindung perasaan sedih dan pilu..
aku tak mampu berpura dengan senyuman palsu..
atau kata org.. senyum mona lisa..

Saturday, June 7, 2008

ahhhh.. sudahhhlaaaa..

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...


lengang.. kosong... sunyi... sepi...
terhenti saat itu berdetik...

aku jelak..
sifat manusia yg pura-pura...
berbohong... berdusta...

jauhkanlah diri dari aku..
kerana aku rela begibi sehingga nafas terakhir...

Friday, June 6, 2008

sunyi

Hulurkan tanganmu buat kali terakhir buatku...



entah menagapa aku begitu takut menyusur kesunyian ini...
aku jemu sendiri.. aku bosan begini...

Thursday, June 5, 2008

melankolia

tatkala aku meluahkan bait-bait ayat ini...
aku telah pun melepaskan sesuatu yg sukar aku luahkan..
meskipun tanpa relaku...
tiada lagi angan-angan yang aku anyamkan...
menjadi harapan hamparan bahagiaku...
berterbangan debu rindu ini...
hilang ditelan sepi...
aku melangkah.. tanpa tangan menghalang...
menyusuri lautan air mata...
tanpa sedikit pun rasa gentar...
biar pun aku lemas...
hadir ku dulu pernah diundang...
tapi sekadar tamu...
tiba masa aku diminta pulang...
sejarah ini.. kisah duka ini..
cukup menyeksakan... sangat derita...
yang kononnya CINTA MELANKOLIAAAAA.........

Monday, June 2, 2008

tak terucap lagi

semalam aku ketahui perkara sebenar...
benarla ramalanku...
hmm.. dah nasib.. takpelah.. asalkan kau bahagia...
at least ada gak teman kau..
takla jadi mcm aku kan...
bertahun kita bina.. sekelip mate je semua berubah..
takpelah.. aku anggap semuanya ada hikmahnya..
lagi pun aku dah tawar hati...
aku dah penat...
tak larat dah...
apa pun aku doakan kau sentiasa gembira..
tercapai gak hasrat kau...
yg pastinya.. aku ni sandaran aje..
macam biasa... aku dah lali..
aku tak peduli lagi...
aku tak kisah lagi..
dah tak terluahhh..
dan juga.. apa-apala..
tak larat nak cakap dah..
apa la nasib aku ni..
aku sendiri kesian kat diri sendiri..
kesian sgt.. aku sendiri tak mampu nak tolong..
telan ajela segala pahit dan kelattt..
moga aku tabah.. atas segala keikhlasan dan ketulusan ini..
aku berserah pada mu ya Allah..
aku redha dan aku percaya pada qada dan qadar..
moga aku ketemui sesuatu.. dalam kesunyian dan kesepian
yg teramat sangat.. bersama luka yg kian terhiris dan di siat..
sakit.. pedih.. semuanya terasa..
moga hujan air mata tidak lagi turun..
aku akan menanti.. awan yang gelap dan sarat dengan kepiluan ini..
agar cepat berlalu..
jangan gerimis datang melanda lagi..
biar kontang di mamah mentari...
dan aku akan terseksa lagi...
meniti kemarau hidpu yg dtg melanda pula..

aku redhaa

hari ni aku dari kampung keluar awal pagi menuju ke kl ke tempat kerja..
terasa kejap pulak memandu.. tak seperti selalu.. terasa mcm lama sgt..
diminda ku masih teringat-ingat mimpi malam tadi...
benarkah apa yg aku mimpi tu?
atau mainan tidur..
benarkah dia dah takde lagi?
tapi mengapa mesti di tangan aku??
ishh.. karutlaaa..
dah lama wajah tu tak menjengah dalam mimpi ku..
berbulan ada juga..
terubatkah rindu aku???
entahla..
apa pun.. kehidupan aku dah ditakdirkan begini jalurnya..
biar pun kehidupan aku hanya pitam putih.. tiada warna..
aku terima.. aku akur pada keadaan ini..
sepi itu teman.. rindu itu makanan ku.. air mata itu minumanku...

Friday, May 30, 2008

MUNGKIN KITA TAK SERASI

pagi ni badan aku rasa kurang sihat sikit..
panas sikit badadn aku...
pagi lagi dah sebeban kerja nak settlekan..
dan pagi ni juga la aku terima sms buat aku berteka teki...
kepala aku ni dah la berserabut...
banyak nak pikir..
mcm2 aku nak pikir.. tentang diri aku.. tentang kerja..
dan family aku yg aku syg...
aku tak larat nak pikir lagi benda2 lain..
pada aku.. kalau nak berkawan.. terima la aku seadanya..
aku memang macam ni.. kadang2 memang aku moody..
tapi tak sepatutnya diri aku ni.. dinilai hanya satu perkara..
perkenalan sebagai kawan mengambil masa..
bukan sehari.. seminggu.. atau sebulan..
bagi aku penilaian org tentang diri kita.. tentang sikap kita..
adalah satu alasan utk menjauhkan diri..
bukankah mudah kalau berterus terang..
dan aku sendiri tak tau kenapa aku memikirkan benda ni..
sememangnya aku sgt ikhlas..
ikhlas utk menghulurkan persahabatan..
tapi jgn pertikaikan keikhlasan aku..
aku juga manusia biasa..
aku ada perasaan.. jgn permainkan perasaan aku..
walaupun atas dasar persahabatan..
sudah terlalu cukup apa yg aku lalui..
jgn tambah lagi beban di kepala aku yg telah sedia terbeban...
jgn tambahkan keluasan resah aku yg bersarang di hati..
jgn beri alasan yg tak munasabah hanya tak selesa dgn sikap aku..
berterus terang saje..
KITA TAK SESUAI BERKAWAN...

Thursday, May 29, 2008

huhhhhh!!!11

kalaulahhh waktu itu sedang aku lalui lagi..
tentu indah kehidupan ini..
takperlu aku sendiri begini...
kalaulah pertemuan itu tak berlaku..
tak mungkin aku merana bertahun-tahun..
air mata tak mampu lagi mengalir.. kerana tercekik
dek rasa terkilan yg mendalam...
entah aku punya perasaan lagi atau tidakk..
atau hanya jasad yg berlegar-legar..
sedang aku hanyut dalam kenangan..
kau yg terlalu kejam
terlalu indah menutur kata..
dan aku hanyut dalam ungkapan cinta...
terlalu jauh..
hingga aku terdampar di tepian pantai..
berpaut pada dahan kasih ku yg utuh..
sedangkan engkau terus berlayar..
ungkapan mudah...
frekuensi kita tak sama...
oooo.. shit mannnnnnnnnnnnnnnnnn

Tuesday, May 27, 2008

sindarela

Malam ni aku tengok citer sindarela..
entah kenapa aku terasa tgk citer ni..
sikit sebyk terjentik hati aku...
tapi citer ni dah semestinya penghujungnya bahagia..
aku??? huhuhu tak pasti lagi.....

Sunday, May 25, 2008

shit! something wrong with your head

aku teringat sms ni...
"shit! something wrong with your head!"

uwaaaaa.... tergamak dia sms aku ckp mcm tu...
aku tak balas sms tu..
aku tak buat apa pun..
aku rasa menyesal sgt sms dia..
memang betul kata orang...
bekas kekasih tak mungkin jadi kawan...
aku terkedu baca sms tu..
marah semana teruk pun.. aku tak sampai hati nak kata begitu...
waktu nak aku dicari.. bila tak nak.. dia buang...
salah aku mungkin...

aku di pulau sepi?? benarkah??

Pasal apa pulak ni???????????
ada sesuatu yg meresahkan aku...
kenapa aku rasa gelisah ye...
rasa mcm ada sikit rasa terluka...
terluka pasal apa???
ini yg aku tak faham...
aku tak suka apa yg melanda sekarang ni...
aku rimas...
lemas... bosannnnn....
tolonglah ajar aku berenang keluar dari pulau
yang dikelilingi lautan air mata ini..
aku tak tau berenang...
kayu nak buat perahu pun takde...
nak mendayung pun tak reti...
aku sejuk... menggigil tiap kali dihembus angin kenangan..
bila aku pandang langit... ada show kisah sedih yang aku tonton..
tolonglah aku....

kenapa ye???

hari ni.. pukul 5 pagi aku dah terjaga macam hari-hari biasa..
hmmm.. hari minggu ni.. apa nak buat... heheheh..
macam tak biasa pulak.. aku jadi guard kat umah la...
bestnya kalau dapat sambung tdo mcm budak umah aku yg 2 org ni..
tapi itula.. masalah utama aku..
susah nak tidur tapi sangat mudah terjaga...
dah bertahun aku susah nak lelapkan mata waktu malam..
tapi ada sesekali aje aku senang nak tidur tapi dalam sebulan tu mungkin
2 atau 3 kali aje...
melainkan aku makan ubat relax yg Dr bagi..
itu pun ada masanya ubat tu tak jalan.. '
sbb mengapa??? hehehe itu rahsia aku yg aku tak mau kongsi dengan sesapa...
hmmm... aku tak buka lampu lagi
waktu subuh pun belum masuk lagi...
aku bersandar aje kat dinding katil...
pukul 8 pagi aku mandi..
aku siap-siap.. rasa macam nak gi opis..
aku capai beg notebook terus keluar umah..
aku singgah sarapan dulu kat bandar kinrara...
tengah minum.. terserempak lak dengan bos aku... huhuhuhu
segannya aku...
tapi aku tak kata aku gi opis..
nanti org kata nak tunjuk rajin lak heheh
aku kat opis kejap je..
pkl 10 aku blah balik...
rasa bosan.. sama aje..
kat mana-mana takde orang...
sampai umah.. aku bawa Daniel gi serdang...
kereta dia dah 2 minggu kat workshop..
sian dia..
nasib ada member opis dia yg dok dekat2 umah kami ni...
kalau mcm aku ni..
entah... sape aku nak tumpang huhuhuhu...
habis urusan.. aku dgn Dadniel balik umah...
aku mcm biasa..
baring.. buka notebook aku..
Daniel tidur!!!! heheheh bestnya kalau aku dpt tdo mcm ia...
senang betul dia lelap
aku masih terkial-kial sorang-sorang dalam bilik...
bosannyaaa...
sharin pagi lagi dah kuar..
amknya datang KL..
pi jalan-jalan la tu...
kenapa ye.. aku selalu rasa sepii????

tiada tajuk

dalam kesamaran ada kasih yang bersisa...
dedaun rindu pilu berguguran...
gerimis yang bertandang tidak aku hiraukan...
dalam kegelapan itu aku melangkah...
terus mengorak tanpa menoleh ke belakang...
denai sepi kian jauh aku lalui...
dalam pengertian ini aku sedang memahami...
erti sebuah kelukaan..
yang telah kau palitkan bertahun dahulu...

Tuesday, May 20, 2008

secalit luahannnnnn...

sejak semalam lagi hati aku teringin benar meluahkan sesuatu di sini..
entah mengapa awan mendung berarak lesu di hati ini...
ada segugus kesedihan yang bertamu di ruang hati kecil sepi dan sunyi ini..
tidak dapat aku pastikan sebab musabab mengapa hujan air mata memecahkan tembok kolam mata ini... titis hujan itu membasahi parut luka lama..
meskipun luka itu telah sembuh.. tapi ngilunya masih terasa..
seringkali aku berfikir...
bagaimana untuk aku keluar dari kesunyian dan kesepian ini...
ternyata aku tak punya apa-apa...
aku terlalu berharap pada yang tidak pasti...
terlalu kerap bermimpi di siang hari...
hidup bersama kenangan lalu yg telah lama melambai pergi...

Friday, May 16, 2008

C.I.N.T.A.

Hari ni aku singgah lagi di halaman sepi ni...
ingin meluahkan sesuatu..
ingin memadahkan rasa libang libu hati..
entah mengapa.. aku teringat akan madah cinta yg pernah aku baca..
cinta itu anugerah..
anugerah yg terindah..
tapi tidak semestinya memiliki..
ya.. TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI...
cinta tidak boleh dipaksa..
cinta hadir tidak diundah..
cinta juga bukan simpati...
boleh digambarkan seperti rama-rama..
indah dipandang.. cantik..
bila dikejar.. ia jauh terbang lari...
tapi bila kita tidak mencari... ia hinggap tiba-tiba..
pelikkan...
sehingga itu terbitlah ungkapan..
cinta seringkali lari bila kita menghampiri..
dan kita pula sering membiarkan pergi bila ia singgah di hati..

Sunday, May 11, 2008

hanya ingin kau tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Repvblik - Hanya Ingin Kau Tahu

Hanya Ingin Kau Tahu

aku akui.. aku rindu..

entah mengapa tiba-tiba hati kecil ini tergerak untuk singgah di blog sepi ini.. setelah kian lama aku membiarkan blog ini terbiar tanpa luahan hati ku lagi.. namun pada pagi ini aku singgah mengimbas kenangan lau yang telah lama aku cuba lupakan... kenangan yang membekas di hati kecil yang terlalu sunyi dan penuh duka ini... wajah-wajah luka yang pernah singgah memberi harapan kerap datang bertamu di saat aku melayan perasaan sejak akhir-akhir ini... sikit sebanyak memang aku rasa terganggu.. dan kemurungan itu melanda lagi... aku lemas.. rimas... dan akui.. aku amat merindui wajah itu.. meskipun aku tahu penghujungnya telah lama bernoktah... aku terlalu rindu.. rindu.. rindu yang teramat rindu... sehingga aku tak mampu memandang tempat-tempat yang pernah aku dan dia lewati...

Sunday, April 6, 2008

hati manusia tidak boleh dipaksa..
berkali aku cuba mengertikan...
cinta.. kasih dan sayang..
hadirnya tanpa diundang...
singgah tanpa dirancang...
hmmm.. entahla..
benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
aku benciiiiiiiiii

Sunday, March 23, 2008

I am a simple man of simple means. I had a simple plan, simple dreams.But everything died, the day that you left me.I don't understand, can't you see what this simple love meant to me?You broke my heart the day that you left me.And I still call your name, and I'm still not over you.I still see your face, and I'm still not over you.I just can't go on without your touch, I can't take the pain, it's all too much.I've cried every night since the day that you left me.It was much too good, it isn't fair. How can you go on as if you don't care?Was it all a lie till the day that you left me?And I still call your name, and I'm still not over you.I still see your face, and I'm still not over you.Now that you are gone I will survive. With each passing day the pain subsides.I'll just start again since the day that you left me.I am a simple man of simple means. I have a simple plan, simple dreams.One day I'll forget the day that you left me.And I still call your name, and I'm still not over you.I still see your face, and I'm still not over you.

Saturday, March 1, 2008

berdiri aku di sini...
memerhati dari sudut kenangan...
ada dirimu di situ...
insan yang bukan lagi milikku...
melepaskan dirimu bagai angin yang berlalu...
tidak mampu aku tahan...
apatah lagi menghalang...
kau mengorak langkah...
tanpa ada rasa bersalah...
rayuanku tidak kau endahkan...
tangisku tidak kau hiraukan...
dan kini.. hanya DENDAM tersemat!!!

Sunday, February 10, 2008

aku masih sendiri menyusur kesunyian ini...
tiada kicauan unggas keriangan..
tiada rerama yang berterbangan menghiasi bunga cinta...
dunia seolah berhenti berputar..
tiada detik waktu yang berlalu...
langkah ku hayun...
tiada tujuan.. di manakah aku?
berpijak kah aku di bumi nyata?
lantas kenangan itu mempersendakan aku...
rindu datang bertamu...
tiada bayang yang muncul..
aku sendiri lagi

Wednesday, February 6, 2008

Hmmm


masih gagah kah langkah ku ini?

meniti titian sepi yang penuh duri kenangan...

entah bila akan berakhir kesunyian ini...

rindu ini untuk siapa?

angin... pada siapakah akan ku kirimkan pesanan luka ini???

Saturday, December 8, 2007

sepikah aku di sini?
walaupun penantian itu telah aku akhiri
tanpa sebarang ketibaan...
sendirikah aku di situ?
tatkala perhentian tiada lagi...

Tuesday, November 6, 2007

Tatkala kenangan itu merasuk jiwa...
ada sebak yang bertamu...
ada gerimis yang datang menyembah...
ada garis yang tercalar...
ada luka yang terhiris...
ada kata yang tak terluah..

Monday, November 5, 2007

Banyak perkara yang ingin aku lakukan..
ada banyak perkara ingin aku selesaikan..
ada masanya ingin saja aku cari mencari teman..
meluahkan apa yg terbuku..
meluahkan segala rasa kecewa ini..
biar mereka tahu betapa lukanya hati ini..
betapa parahnya perasaan ini..
di balik senyum dan gelak tawa ini..
ada duka yang terpendam..
ada duri yang tertusuk..
aku terpedaya dengan segala pura-pura..
aku termakan dengan pujuk rayu...
dicari di saat sepi.. dibuang bila terasa jemu..
aku penat menahan rasa..
aku lelah dengan segala berkaitan dgnmu...

Monday, October 8, 2007

aku cuma sebuah pulau tandus yang kesepian...
cuma tempat berlabuh bagi mereka yang terpaksa...
singgah sebentar dan kemudian berlalu...

Thursday, October 4, 2007

aku seperti ingin menangis..
berteriak seperti anak kecil..
tanpa segan dan silu...
mohon diri di sayangi...
aku menekup muka...
cuba menahan sendu yang teramat...
terasa perit di hati
dibasahi air mata penuh kesedihan..
bahagia tiada lagi dalam kamus ku..
siapalah aku ini...
hanya bebekalkan sekeping hati yang ranap...
bercita-cita untuk di sayangi...
serasa seperti melayang di angkasa..
tidak pasti di mana aku jatuh...
angin pilu berhembus..
aku bergerak mengikut tiupannya..

RINDU

Rindu...
ada rindu yang aku sembunyikan...
ada rindu yang cuba aku nafikan...
ada rindu yang cuba aku biarkan...
rindu bertemankan sepi dan sunyi...
sering bertamu di kala sendiri...
aku insan malang...
berduka menunggu noktah penghujung...
untuk berangkat tanpa menoleh...
sisa cinta yang terpalit pilu...
rindu itu membunuh aku...
rindu itu menyeksa aku...
membiarkan aku jatuh terkedu...

semalam dia menghubungiku... tapi tidak aku jawab... untuk apa aku menjawab... tiada apa yang tinggal.. sekadar mendengar berita gembiramu bersama teman baru mu... sedangkan aku cuma berusaha untuk mencipta senyuman mona lisa.. tahukah kau akan bahagia mu itu di atas deritaku.. aku terlalu derita di sini.. menahan rasa.. tangkai hatiku semakin genting.. telah berkali aku kehilangan hati ini dan tiap kali aku mengutip hati yang telah gugur pasti ada yang singgah datang merobek.. aku insan biasa.. punya perasaan.. punya hati.. aku ingin di sayangi.. bukan dilukai.. bukan dikecewa..

Monday, October 1, 2007

sepinyaaaaaaaaa...
sunyinya.....
akukah insan sendirian disini...
tenggelam dalam kesedihanku tanpa dasar...
aku terkapai-kapai...
meronta-ronta minta diselamatkan..
tapi tiada tgn yang menghulur..
aku lemas..
lemas dalam dukaku..
tolonglah aku
selamatkan aku dari derita ini
tolonglaglah
aku merayu..
bantulah aku..
aku tak mampu lagi menahan
akukah manusia yang bodoh di dunia ini???
membiarkan diri diperalat..
tempohari kau meminta sesuatu dari ku
dan kau nyatakan dalam sms jangan tanya apa-apa..
aku turuti kerana aku masih sayang..
meskipun aku memerlukannya saat ini..
aku biarkan.. aku ingin berbakti padamu..
kini aku tenggelam dalam murung yang tiada dasar...
aku biarkan diri peralat ke????

Thursday, September 27, 2007

Nilai Kasihku..

andai aku menemui penawar luka dan derita ini...
ingin saja aku mengubatinya...
tak tertanggung pedihnya...
tak ingin aku begini selamanya...
terlalu lama aku terpenjara dalam kesedihan ini..
ye.. kesedihan yang tiada penghujungnya barangkali..
ada yang mengatakan aku sendiri memilih untuk derita..
ternyata ini bukanlah pilihanku..
tiada siapa ingin bertemankan duka..
bersama sisa-sisa cinta yang tiada maknanya..
menanti dan terus menanti..
dengan harapan dia akan kembali..
sedangkan tidak sikit pun terdetik di hatinya
untuk kembali ke sisiku..
siapalah aku ini...
insan kerdil yang tak punya apa-apa...
hanya sekeping hati yang penuh dengan kasih sayang...
mungkin engkau mampu membahagiakan aku.. tetapi..
mampukah aku membahagiakan kau...
cukup dengan kasih sayang dari ketulusan hatiku...
aku kesal dengan pertemuan ini..
andai tiada pertemuan ini..
tak mungkin aku kecewa begini..
tak mungkin aku bersedih begini berhari-hari..

Berlalu??? Mungkinkah???

Sudah masuk seminggu aku tidak lena tidur.. Sudah seminggu juga aku sukar untuk melelapkan mata di malam hari.. malam tadi juga begitu.. aku bangun dari katil menunaikan solat hajat 3 kali.. dan aku berdoa.. moga luka dihatiku ini terubat.. dan dapat ku usir rasa sedih dan sepi ini.. Petang semalam kau marah bila aku terlalu banyak bertanya.. Tidak kau tahu bahawa aku mengambil berat akan dirimu.. Tiada apa yang aku harapkan.. Cuma aku ingin melihat engkau sentiasa tersenyum.. Sms kau semalam sedikit sebanyak mengguris hati kecilku ini..

Terlalu derita perasaan ini..
Cinta ini memakan diriku..
Andailah aku mampu..
Ingin sahaja aku melempar jauh perasaan ini..
biar aku tiada perasaan lagi...
yang tiap detik merobek dalam luka hatiku...
aku ingin bebas dari cengkaman cinta yang menyeksa ini..
aku ingin pergi jauh...
sejauh mungkin.. biar bayangmu hilang..
hilang bersama kenangan kau dan aku...
aku tak mau singgah walau sesaat pun..
kerana cinta ini telah membunuh riangku...
aku ingin berlalu.. tapi aku tak berdaya..
janjimu menghambat aku di sini..
sehingga berhari-hari... berbulan-bulan...
dan bertahun...
setiap hari aku melihat arus air mata itu mengalir lesu..
hangatnya menjadikan aku terkedu tanpa bicara..
menanti tanpa penghujung...
aku sudah bosan begini...
aku ingin berlalu..
ye aku ingin berlalu..
bantulah aku..
ya allah... berikan aku kekuatan..
sedikit kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan ini..

Thursday, September 13, 2007

Kasih yg bersisa...


Semalam lepas tarawih.. aku ke giant.. beli apa yang patut untuk makan sahur.. lepas tu aku terus pergi makan.. perut terasa lapar.. lama betul tunggu makanan yang aku order tu siap.. akhirnya kesabaran aku sampai juga di penghujungnya.. mamat yang lap meja tu jadi mangsa.. dengan selamba aku cakap apa yang aku rasa nak cakap.. padahal baru je lepas tarawih.. mungkin ada baiknya juga aku marah sebab orang yang datang lambat dapat dulu.. akhirnya aku sampai rumah pukul 11.30 malam..

aku terima sms dari dia yang ku cinta.. ye.. dia yang aku masih sayang dan kasih.. yang masih tersisa.. yang menjadikan aku untuk memilih sepi sebagai teman... ada masanya aku merasakan untuk apa aku berharap.. kehidupan ini mesti diteruskan.. ada masanya aku kalah dengan perasaan rinduku pada dia.. adakah memilih untuk "convert" sebagai sahabat adalah jalan terbaik untuk aku?? agar aku dapat bersms dan berjumpa dengannya sekali sekala.. atau aku hanya meletakkan diriku di jurang derita???

Tuesday, September 11, 2007


hari terus berlalu meninggalkan aku di sini bersama kenangan-kenanganku...

aku hanya termangu sendirian tanpa sebarang harapan...

membiarkan dingin air mata membasahi jiwa ini...

sukar juga untuk aku menghapuskan perasaan duka ini...

puas aku berusaha.. berlari sejauh mungkin..

sehingga tercungap aku dalam nafas sendu ini..

menahan pilu...

Friday, September 7, 2007



harapan itu....

telah lama terbiar sepi begitu..

tiada lagi berharap...

seakan putus usaha..

hanya debu kenangan yg melekat...

menjadikannya tugu yang tidak berharga..

sendiri terbiar berpanas dan berhujan...

tiada yang sudi datang menjengah...

kaku tidak bermaya..

seakan tiada perasaan lagi...

sunyi... sendiri...

deritanya... seksanya...

ingin ku akhiri hayat ini..

tak ingin aku termenung di pinggir dunia ini...

sudah habis lelahku...

tiada lagi kesabaran yang menjadi teman...

tiada lagi benteng yg utuh tempat aku berlabuh di kala duka...

semuanya telah hilang...

aku benar benar sendiri...

menyusur aku bersama hati yg gersang...

melalui duri duri cinta lalu...

menusuk ke tapak hati...

menanah... luka dan di pandang jijik...

oleh sekeping hati yang benar benar tulus...

setia pada sebuah cinta yg mengkhianati aku...

ombak di lautan air mata masih menghempas pantai jiwaku...

oooh.. peritnyaaaaaaaaaaaaa...


Wednesday, September 5, 2007

Kemanakah dikau.. seharian aku menanti balasan sms mu..
sehingga aku membuka mata di subuh hari..
masih tiada sms dari mu..
aku resah.. menanti dengan sabar..
walaupun kita sudah berpisah..
namun tiap kali bersua..
ada rindu dariku yang jauh jatuh ke dalam anak matamu terus ke hatimu..
ohh.. senyum dan usikmu... membuatkan mata ku bergenang..
tapi tebing mataku masih utuh di kala ini..
di manakah dikau..
tempohari kau bilang ingin balik ke kampung..
dan kau hadapi masa yg sukar bersama si dia..
aku ingin melihat kau bahagia..
kerana kau pernah menyatakan.. frekuensi kita tidak sama..
aku menelan segalanya dgn tenang

Tuesday, September 4, 2007


ya allah... terlalu sunyi kehidupanku ini... apa yang mampu aku lakukan ya tuhanku...

ubatilah kelukaan hati ku ini.. sembuhkanlah jiwa ini... bangkitkanlah semangat ku ini..

biar aku terus melangkah kaki ini.. meneruskan sisah hidup ini..

andai kasih yang masih bersisa ini menjadi puncanya..

hilangkanlah perasaanku ini.. yang mendera tiap saat aku terfikirkannya...

ya tuhanku... tiap detik aku menutup mata dan membukanya kembali.. terlalu berat rasanya beban perasaan ini.. hampir membunuh setiap senyumku... di padam air mata...

ohhh.. tak tertanggung aku akan perpisahan ini... mengapa aku yang ditinggalkan?? dan mengapa bukan aku yang meninggalkan??? mengapa aku yang kehilangan dan bukan aku yang menghilangkan diri...

Aku, Sepi dan Derita...


Telah lama aku tidak menjengukblogku ini...

Telah lama aku tidak mencurahkan isi hati ini...

Rasa sepiku... dukaku dan kecewaku...

Aku masih begini.. sama seperti hari-hari yang lepas..

Sendirian meniti hari-hariku..

menunggu dan menanti..

saat cinta itu terbuka kembali...

membasahi perasaan sepi ku..

mewarnai duka ku yang tidak berwarna..

seharusnya aku melepaskan mu...

membiarkan engkau bebas di angkasa..

memahami erti ditinggalkan..

oh tuhan... deritanya hati ini..

pada siapa ingin ku ceritakan seksa dan lara diri ini...

indahnya andai waktu itu berulang..

dan perpisahan bukanlah penghujungnya..

tidaklah aku bersedih tiada penghujungnya...

Thursday, July 5, 2007

dalam paksa perlukah aku merelakan. dalam sengsara masih bisakah ku bilang tak mengapa. dalam derita.. mampukah ku tersenyum jua.. biarlah aku melangkah pergi.. membawa hati nan sepi.. selamanya.. bairlah ku berlalu pergi.. moga kau tak terjumpa sinar mataku yang berkaca
jika aku tak dpt melihat kau lagi, aku ingin melupakan semuanya tentangmu yg menyentuh aku.. setiap kali aku merinduimu, aku jatuh terkedu begini, walaupun aku cuba melupakanmu, aku tidak mampu.. aku tidak menyangka.. untk mencintai seseorg.. perlu bersusah begini...
Ingin sekali aku menghapuskan duka ini.Tapi mengapa kesakitan di hati ini masih lagi terasa? Sabarlah. Mungkin bersama masa aku akan belajar untuk melupai segala kelukaan dan kesakitan ini. Sungguh sekuat mana aku menahan diri ini, namun air mata semakin mendesak untuk tercurah.

Wednesday, July 4, 2007

Dunia ku rasakan sepi...
dan hati ini terasa terlalu kosong...
entah apa yang aku cari dan entah apa yang aku nantikan...
aku terus membiarkan diri ini bertemankan sepi...
memeluk diri dalam diamku...
dari kejauhan aku melihat kebahagiaanmu diatas derita ku...
aku terus membiarkan gerimis air mataku membasahi lukaku...
ada rasa perit yang menggigit...
sampai bila harus begini...
terus dimamah kepiluan yang tiada penghujung..
kesedihan yang tiada akhirnya...
mentari... muncullah dikau...
bagi menerangi hari-hariku yang suram..

Mata dan tangan...

Persahabatan itu umpama mata dan tangan...
Apabila tangan terluka, mata menangis...
Apabila mata mengalirkan air mata... tangan menyapu air mata...

Thursday, June 28, 2007

entah mengapa pagi ini hatiku rasa liang libu...
ada sesuatu yang bergema di hati...
membuat aku rasa tidak tentu arah...
ada rasa sepi.. sedih... pilu... sayu ...
dannn... rindu... ye rindu...
aku merindu pada yang tidak sudi... :(
wajahnya tak pernah padam dalam renungan kosongku...
namanya sentiasa dibibir walaupun tidak terucap...
dijiwa ini masih ada samar bayangannya...
bilalah dia akan pergi meninggalkan hati ini???
atau aku yang tidak mahu merelakannya...

Wednesday, June 27, 2007

TERLALU CINTA

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Aku terlalu cinta dia

Tuesday, June 26, 2007

Semalam kami bertemu setelah lama tidak ketemu...
Ada getaran dijiwaku...
Ada debaran yang melanda...
Yang mampu aku lakukan hanyalah kuatkan semangat...
Bila dia berada dihadapan aku...
Senyuman yang aku lemparkan...
Aku sedikit gugup..
Perpisahan yang telah berlaku banyak mengguris hatiku...
Entah mengapa aku menerima pelawaannya untuk berjumpa...
Mungkin satu sebabnya..
aku ingin selesaikan masalah ini...
aku ingin pastikan dia tidak membenci diri aku...
aku mahu segalanya berakhir dengan baik...
aku ingin gembira kembali...
aku ingin hatiku rasa senang...
memandang wajahnya ada rasa sayu yang terbit...
ada kenangan yang terlalu indah bagiku...
kerana pada aku dia adalah yang terbaik..
kerana pada aku dialah orang yang amat serasi dengan ku...
namun apa dayaku... dia tak mahu meneruskan perhubungan ini...
kerana... kerana... kerana....
aku adalah orang ketiga yang hadir dalam hidupnya...
dan aku bukanlah pilihan hatinya...
aku bukanlan orang yang lebih dia cinta...
aku harus akur...
bersama dengannya selama beberapa jam...
aku rasa gembira...
walaupun hati berat sewaktu berpisah...
aku pasrah.. ye.. aku serahkan segalanya pada keadaan..
aku tak mahu memikirkan apa-apa lagi..
segalanya telah berakhir..
cukuplah dia tidak membenci aku...
walaupun malam tadi aku masih tergambar wajahnya...
aku tidur bersama bayang wajahnya...
cuma.. mimpiku sebelum berjumpa dengannya ada persamaan dengan pertemuan pada siang itu...
dia memakai baju yang sama...
ye.. aku pasti..
mimpi itu sungguh indah..
kami sungguh mesra...
dan aku sangat bahagia ketika itu...
oh.. alangkah indahnya andai saat itu berulang kembali...
aku terlalu berharap mungkin...
aku harus melepaskan semuanya pergi...
aku ingin berlalu...
bila masa itu akan tiba???
masa ini akan mengubati luka ini...
ohhhh.. terlalu sukar untuk aku lalui semua ini...

Friday, June 22, 2007

LuLuH

saat terindah saat bersamamu
begitu lelapnya aku pun terbuai
sebenarnya aku tlah berharap
ku kan memiliki dirimu selamanya
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredah kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu
ingin ku yakini cinta takkan berakhir
namun takdir menuliskan kita harus berakhir
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredah kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu
oh... oh...ku tak sanggup tuk merelakanmu..
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredah kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Sedih tak berujung

saat menjelang
hari-hari bahagiamu
aku memilih diam dalam sepiku
saat mereka tertawa diatas pedihku
tentang cintaku yang telah pergi tinggalkanku
aku tak peduli
sungguh tak peduli
inilah jalan hidupku
ini aku,
genggam hatiku
simpan didalam lubuk hatimu
tak tersisa untuk diriku,
habis semua rasa didada
Slamat tinggal,
kisah tak berujung
kini ku kan berhenti berharap
perpisahan kali ini untukku

Wednesday, June 20, 2007

Biarlah aku mengalah...
Biarlah aku simpan rasa kecewa ini...
Aku tak mampu menahan kemahuanmu.. Dan benarlah segala mimpi-mimpiku...
Masihkah kau ingat mimpi yang pernah aku ceritakan padamu tentang penghujung perhubungan kita???
Sayang...
Mentari tidak lagi sehangat seperti kau disampingku...
Rumput tidak lagi sehijau seperti selalu...
Bunga tidak lagi berkembang dihatiku...
Dan aku sangat berharap agar aku dapat muncul dalam mimpimu...
Aku mengerti... Kasih yang ku beri tidak lagi bersamamu...
Hati ini masih tidak dapat menerima ditinggal sengsara...
Perasaan dihatiku masih lagi rindu padamu...
Bilalah aku dapat berlalu pergi sayang???

Friday, June 15, 2007

Andainya aku dapat meluahkan segala kekecewaan yang terbuka di hati pasti aku akan lakukan...
Biar satu alam mendengarnya... Biar taufan melanda bersama deruan hujan yang melanda bumi...
Biar pun banjir melanda... Begitulah hati ini diibaratkan...
Suatu perasaan yang benar-benar terluka hanya kerana sebuah percintaan yang menjadi
korban permainanmu...
Mengapa terlalu mudah aku menerimanya???
Aku kesal dengan pertemuan itu..
Aku kesal dengan perkenalan itu..
Aku tewas dengan manis mulutmu..
Aku tewas dengan janji-janjimu...
Aku lemas dengan permainan ini...
Akhirnya aku sendiri

Wednesday, June 13, 2007

Mudahnya kau memutuskan sebuah percintaan..
Segalanya telah aku berikan untuk harga sebuah kasih sayang ini...
Kali terakhir kita berjumpa kau memberikan alasan yang sukar untuk aku terima
Tak tahulah jika orang lain juga merasakan apa yang aku rasakan..
Aku cuma berdiam diri mendengar setiap penjelasan dan alasan...
Aku tak mahu memberi sebarang reaksi dari setiap kata yang keluar dari mulutnya...
Aku tak mau menyakiti hatinya dengan kata-kata bidasan aku..
Kerana aku tak mahu melukakan hatimu
Atau membangkitkan rasa tidak senang dihatimu
walaupun secara terang-terang aku tau aku tidak bersalah..
Aku telah cuba yang terbaik dalam perhubungan ini...
Aku telah menjadi lebih fleksibel dalam perhubungan ini...
Dan aku sendiri tidak mengerti apa yang perlu aku lakukan
Demi sebuah percintaan yang pada aku sangat bermakna
Sebuah percintaan pada aku yang sangat sempurna
Kata-kata yang keluar dari mulutmu umpama guruh yang berdentum dihati..
Lalu dalam tak sedar hujan lagi hati ini...
Kau kata kita tidak sama frekuensi...
Aku cuma menyepikan diri...
Kau kata segalanya berlaku dengan pantas...
Aku cuma membatukan diri...
Kau kata lagi aku hanya membunag masa dengan dirimu...
Aku mendiamkan diri...
Kau sambung lagi katamu... Kau takut melihat kasih sayangku yang medalam padamu..
Aku memandang dirimu dan tersenyum kelat...
Cuma dihatiku hanya tuhan yang tahu...
Banjir mula melanda.. keperitan luka mula terasa..
Aku masih mendiamkan diri.. sambil meneruskan suapan makananku...
Tiada apa yang terasa kunyahan makanan yang ku sua ke mulut...
Kau kata.. kau takut aku lebih terluka lagi...
Aku masih diam...
Kau kata.. hanya ucapan maaf yang mampu kau ucapkan...
Kau kata lagi.. a piece of my advice... go and get help...
kau kata lagi... kau ingin mencari kebahagiaan hidup dan hidup yang lebih sempurna...
Aku masih tersenyum memandang wajahmu..
Aku tahu itu adalah wajah terakhir dirimu yang akan aku tatap..
Aku merenung ke wajahmu.. Aku perhatikan rambutmu.. Matamu... Hidungmu.. Mulutmu...
Oh tuhan.. aku terlalu sayang padanya...
Aku terlalu gembira berada disampingnya...
Pada aku, tak mungkin ada pengganti sepertimu yang sering membuat aku tertawa...

Dua bulan telah berlalu... Aku masih mengingati dirimu...
Aku berharap dapat berlalu pergi



Di mana akhirnya? Begitu persoalan yang bermain di benak....


Mengapa aku masih menanti dan terus berharap?


Membiarkan perasaan ini dibelenggu kerinduan yang tiada hujungnya...


Membiarkan hati ini terus terluka...


Perlukah aku membiarkan segalanya sehingga menutup mata.???


Sedangkan kenangan terindah yang pernah terlakar telah pun lama berlalu..


Berlalu bersama kisah aku dan dirimu...


Dirimu menuju kebahagiaan bersama orang yang kau kasihi...


Bagaimana dengan diriku???


Masih berenang dilautan air mata duka...


Mencari pulau impian yang aku angankan...


Aku perlu bangun...


Membuka mata... Menerima hakikat...


Aku bukanlah untukmu...


Aku bukanlah orang yang kau kasihi dan cintai...


Aku cuma persinggahanmu...


Hanya sementara dan kau berlalu tanpa berpaling lagi...


Membiarkan aku menagih simpati...


Sedangkan aku terus terusan memperbodohkan diriku...


Aku perlukan kekuatan untuk bangun dan sedar dari mainan perasaan ini...


Moga aku tabah


Tuesday, June 12, 2007


Sepi itu indah???

Rindu itu pula bagaimana????

kalaulah... tak mungkin....

kalaulah aku tau begini jadinya, tak mungkin aku membiarkan diriku ini jatuh ke jurang derita ini...
kalaulah aku tau begini pedihnya luka ini, takkan ku biarkan air mata duka ini membasahinya...
kalaulah aku tau jurang yang telah sedia kau ciptakan, takkan aku menghampirinya sehinggaaku terjatuh ke dalamnya...
kalaulah hatimu seperti hatiku.. tak mungkin aku sakit begini menahan rasa...
kalaulah cinta ini masih bersemi, tak mungkin aku sendiri begini...
kalaulah bunga asmara itu masih wangi mengharum, tak mungkin aku menekup duka menahan pilu...
kalaulah aku tau hadirmu hanya menambah sengsara, tak mungkin aku menerima kata manismu....
kalaulah kalau... tak mungkin mungkin....

farizul

Monday, June 11, 2007

Mulakan pagi dengan senyuman paling indah tiap kali bangun dari tidur...

Pasti sepanjang hari akan penuh keceriaan...

Itu kata-kata yang pernah aku dengar dari pakar motivasi...

Namun subuh ini.. aku membuka mata dengan suatu perasaan yang sayu...

Bantal yang jatuh ditepi katil ku peluk...

Ada kepiluan yang terbit dibenak hatiku...

Mengapakah aku terlalu bodoh malam tadi sebelum tidur..

Mengapa aku tidak dapat menahan kerinduan terhadapnya malam tadi

sehingga jari jemariku pantas menaip sms kepadanya...

Suaranya terngiang-ngiang ditelingaku..

Gelak tawanya menghiburkan...

Gurau sendanya sering membuat aku tertawa riang..

Dan tiap kali aku tertawa.. kami bertentang mata...

Ada rasa kasih dan sayang yang tergambar tiap kali aku tenggelam dalam renungannya...

Ya.. aku rindu pada dia...

kenangan itulah yang telah mengganggu ku....

Namun tiada balasan sms darinya malam tadi...

Aku mencapai hp ku di bawah katil..

Sudah 2 kali alarm berbunyi.. Tiap kali berbunyi...

Lagu dealova yang bergema...

Memang sengaja aku set lagu itu..

Lagu itu yang sering mengejutkan aku dari lena.. dan menjentik hati kecilku

yang agak sepi ini...

Aku bangun dari pembaringan dan lantas mencapai towel untuk bersiap menunaikan kewajipan disubuh hari

dan untuk meneruskan kehidupan seharian...

Dalam perjalanan ke opis.. ingatan aku masih pada dia..

oh... mengapa ingatan aku kembali padanya...

adakah dia juga mengingati aku???

rindu seperti rindunya aku pada dia???

tidak... tak mungkin...

siapalah aku ini...

pukul 9 pagi hp aku berbunyi , ada sms rupanya..

hatiku berbunga 1000 harapan.. agar balasan sms dari dia...

ye.. nombor sidia...

walaupun aku dah delete no si dia.. tapi tak mungkin terdelete dari kotak fikiranku...

dan pagi ini... hatiku dilitupi awan tebal...

apa yang sedang aku lakukan???

walaupun aku cuma bertanya khabar.. itu adalah petanda tidak baik bagi diri aku...

aku perlu pulihkan diri ini.. keluar dari cengkaman rindu dan harapan ini...

aku perlu kuat...

pergi jauh.. sejauh-jauhnya...




Wednesday, June 6, 2007

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang



Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Monday, June 4, 2007




Airmata...


Adakalanya Penyubur Hati......


Penawar Duka....


Adakalanya Buih Kekecewaan Yang Menghimpit Perasaan...


Menyesak Kehidupan...




Airmata Seseorang Manusia...


Hanyalah Umpama Air Kotor Di Perlimpahan....




Namun...




Setitis Airmata Kerana Takutkan ALLAH SWT Persis Permata Indahnya Gemerlapan.




Penghuni SYURGA Ialah Mereka Yang Banyak Dukacitanya Di Dunia

Orang Yang Mencintaimu...






Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.



Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.



Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.



Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.



Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.



Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.



Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.



Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.



Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.



Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.



Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.



Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.



Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'



Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.



Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.



Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.



Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.



Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.



Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.



Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.



Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, June 1, 2007

KeRliPaN

Engkau yang datang

Seketika

Dengan kerlipan

Memukau rasa

Dan engkau pergi

Tinggal mimpi

Tinggalkan sepi

Di hujung jalan ini

Engkau yang pernah

Membuat hatiku keliru

Namun anehnya

Kau jua yang kurindu

Kini sendiri

Ku harungi terus mendaki

Puncak yang masih tinggi

Kini sendiri

Dengan hati

Ku gagahi walau tanpa kau di sisi

Sepi hidup ini

Jiwa yang pernah kau beri

Masih berakar umbi

Mengiringi perjalan sepi

Hidup ini

Di MaNa CiNtAkU


Di lingkaran diamku termanggu

Terkenangkan kembali

Saat indah aku bersamamu

Dibelai cinta suci
Sewaktu kelukaan hatiku

Kau datang dan memberi

Taburan bungan cinta sucimu

Harum subur dihati
Tapi kini kau pergi

Tinggalkan aku sendiri

Mengusir sepi, mengusir rindu

Terpisah selama-lamanya

Kau pergi dariku
Titisan airmata dipipiku

Memanjat doa suci

Saat indah aku bersamamu

Masih tetap di hati
Cintaku masih untukmu

Rinduku masih padamu

Biarpun kita terpisah jiwa

Namamu tetap dikalbu

PeRgIlAh CiNta


cinta....menggapaimu

aku tak bisa mencuba

menapak disisimu pun

tak mampu kulakukan

sekadar menggambar bayangmu

meski hanya dalam benak

turut sulit kulakukan
cinta....

jalan yang kau pilih sungguh sukar kujejaki

kucuba,

selalu ku tersandung

dan jatuh berkali,

tajam kerikilnya melukai kaki ku

aku tak mampu menahan sakitnya
pergilah cinta....

tinggalkan aku

aku tak bisa mengikuti mu